BUTTERWORTH: Seorang pembantu am yang berkhidmat dengan agensi penguatkuasa di negeri ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia empat tahun.
Tertuduh yang berusia 38 tahun itu membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa atas melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap mangsa di sebuah rumah di Nibong Tebal pada Mei lalu antara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Jamal tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh berikutan mangsa merupakan anak kandungnya dan risiko kejadian sama akan berulang lagi.
"Mangsa dalam kes ini hanya berusia 4 tahun dan merupakan anak kandung tertuduh.
"Dikhuatiri sekiranya jaminan dibenarkan, kejadian sama akan berulang lagi berikutan mereka tinggal dalam satu rumah," katanya.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan sebarang rayuan dan menyatakan mahu dibicarakan.
Hakim tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 15 Julai depan untuk sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu laporan perubatan dan memberi peluang kepada tertuduh melantik peguam.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 14 2024

Tertuduh (tengah) ketika dibawa ke mahkamah pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.

Penganggur dituduh bunuh bapa kandung guna botol kicap
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya dua minggu lalu.