GEORGE TOWN: Pulau Pinang menerima peningkatan pertanyaan daripada syarikat China yang memburu peluang pelaburan sejak lebih setahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Beliau berkata pertambahan ini mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap potensi ekonomi dan persekitaran mesra perniagaan di rantau ini.
"Banyak syarikat China berhasrat untuk melabur di Asia Tenggara, termasuk Pulau Pinang dan Malaysia. Buat masa ini, kami belum menyaksikan banyak pelaburan yang berjaya, tetapi telah menerima banyak pertanyaan.
"Terdapat kemungkinan syarikat di China berwaspada untuk membawa pelaburan mereka di luar negara itu kerana melibatkan aliran keluar modal," katanya dalam sidang media bagi mengumumkan Sidang Kemuncak dan Ekspo Semikonduktor Asia Pasifik (APSSE) 2024 di sini hari ini.
APSSE akan diadakan pada 16 hingga 18 Oktober ini di Pusat Konvensyen SPICE.
Acara berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) menerusi kerjasama strategik dengan Persatuan Industri Peralatan Pengeluaran Elektronik China (CEPEA) dan disokong oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sementara itu, Presiden MSIA Datuk Seri Wong Siew Hai berkata terdapat potensi dari segi peningkatan pertanyaan di Pulau Pinang dan Malaysia berikutan ekosistem sedia ada di negeri berkenaan.
Beliau berkata banyak syarikat di China dalam subsektor teknologi yang tidak beroperasi di Malaysia.
"Kami mahu syarikat yang boleh menambah nilai kepada kami dan mengukuhkan ekosistem, dan China mempunyai banyak subsektor teknologi sedemikian yang boleh meningkatkan ekosistem kami.
"Subsektor ini termasuk material, antara muka, semikonduktor dan lapisan penebat. Subsektor berkenaan akan dapat mengisi jurang dalam rantaian bekalan tempatan," katanya.
Wong berkata syarikat China berminat untuk melabur di Pulau Pinang dan Malaysia menerusi pelbagai kaedah termasuk kerjasama, pelaburan bersama dan penyumberan luar.
Beliau berkata CEPEA memutuskan penganjuran APSSE di Pulau Pinang selepas melakukan tinjauan di Malaysia selain operasi industri elektrik dan elektronik serta semikonduktor yang signifikan di Pulau Pinang.
Beliau berkata persidangan itu akan menjadi platform penting kepada pihak berkepentingan, bukan sahaja bagi Pulau Pinang, malah Malaysia.
"Mereka mahu penganjurannya di sini untuk memaklumkan kepada dunia mengenai kepentingan China dan menunjukkan kehadiran mereka di Asia Pasifik. Kami berharap lebih banyak kerjasama akan terhasil daripada acara ini dan limpahan positif kepada ekosistem," katanya.
Setiausaha Agung cawangan, CEPEA, Steven Huang mengakui syarikat China berminat untuk bekerjasama dan melabur di Malaysia dan Pulau Pinang.
Beliau berkata CEPEA berharap dapat menggalakkan persahabatan dan kerjasama bersama antara China dan Malaysia serta negara lain di rantau Asia Pasifik dalam APSSE akan datang.
"Ini kali pertama CEPEA bekerjasama dengan MSIA dengan sokongan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengadakan persidangan antarabangsa selama dua hari itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
![Banyak syarikat China minat melabur di Pulau Pinang - Chow Banyak syarikat China minat melabur di Pulau Pinang - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718018430_ChowKonYeowKetua.jpg)
Pulau Pinang menerima peningkatan pertanyaan daripada syarikat China yang memburu peluang pelaburan sejak lebih setahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow. - Gambar fail/BERNAMA
Kaji klausa dalam enakmen yang tidak relevan, kurang sesuai - Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan serta berupaya memenuhi keperluan, situasi, cabaran, kemajuan dan teknologi semasa.
Polis minta bantuan kesan lelaki hilang sejak 25 Julai
Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak
Lima pelajar merusuh, pukul junior ditahan
Polis menahan lima pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun bagi membantu siasatan kes seorang pelajar tingkatan satu dipukul sehingga mengalami kecederaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan berkata, tangkapan dibuat setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah menengah di Ipoh pada 24 Julai lepas.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan berkata, tangkapan dibuat setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah menengah di Ipoh pada 24 Julai lepas.
Populasi Harimau Malaya hanya tinggal 5 peratus berbanding 70 tahun dulu
Sekitar tahun 1950-an, pupulasi Harimau Malaya di Malaysia mencecah lebih 3,000 ekor, namun selepas 70 tahun, populasi haiwan terancam itu hanya tinggal 5 peratus daripada angka itu.
Video persoal status Sabah tidak berasas, cubaan mengelirukan
Malaysia sama sekali tidak akan mengiktiraf tuntutan pihak asing bahawa Sabah bukan sebahagian daripada negara ini, dan akan terus mempertahankan kedaulatan wilayah itu.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya menyedari penularan sebuah video, yang mengandungi kandungan tidak berasas dan mempersoalkan tentang status Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya menyedari penularan sebuah video, yang mengandungi kandungan tidak berasas dan mempersoalkan tentang status Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Fahmi mahu persekitaran digital selamat untuk Malaysia
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata beliau dan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Singapura, Josephine Teo antara lain berbincang tentang cabaran dan proses kawal selia media sosial Singapura yang telah pun dilaksanakan sejak 2 tahun lalu.
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
100 tercedera, keretapi bertembung dengan trak di selatan Moscow
Lebih 100 orang tercedera susulan sebuah keretapi penumpang bertembung dengan sebuah trak kamaz di wilayah Volgograd, Rusia.
378,000 paten AI China melonjak melepasi purata global
Bilangan paten ciptaan berkesan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di China telah mencapai 378,000 sehingga akhir 2023, dengan kadar pertumbuhan tahunan melebihi 40 peratus.
Risikan Korea Selatan dakwa Kim Jong Un alami masalah jantung
Penggubal undang-undang Korea Selatan pada Isnin mendakwa pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong Un kini sedang mengalami masalah kesihatan
Agensi Berita Yonhap memetik agensi perisik Korea Selatan sebagai berkata, pentadbiran Korea Utara juga dikatakan sedang mencari ubat-ubatan alternatif bagi menyelesaikan masalah jantung.
Agensi Berita Yonhap memetik agensi perisik Korea Selatan sebagai berkata, pentadbiran Korea Utara juga dikatakan sedang mencari ubat-ubatan alternatif bagi menyelesaikan masalah jantung.
![Banyak syarikat China minat melabur di Pulau Pinang - Chow Banyak syarikat China minat melabur di Pulau Pinang - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718018430_ChowKonYeowKetua.jpg)
Banyak syarikat China minat melabur di Pulau Pinang - Chow
Pulau Pinang menerima peningkatan pertanyaan daripada syarikat China yang memburu peluang pelaburan sejak lebih setahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
![220 syarikat China tawar lebih 5,000 latihan TVET kepada pelajar Malaysia 220 syarikat China tawar lebih 5,000 latihan TVET kepada pelajar Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717038880_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
220 syarikat China tawar lebih 5,000 latihan TVET kepada pelajar Malaysia
Sebanyak 220 syarikat China menawarkan 5,125 kuota kepada pelajar Malaysia untuk menjalani latihan berkaitan TVET.
![Pengeluar peralatan elektrik China teroka peluang kerjasama dengan usahawan Malaysia Pengeluar peralatan elektrik China teroka peluang kerjasama dengan usahawan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711142306_SenhengMalaysia.jpg)
Pengeluar peralatan elektrik China teroka peluang kerjasama dengan usahawan Malaysia
Memandangkan China dan Malaysia adalah rakan dagangan yang kukuh, pertimbangan itu akan memberi keuntungan saksama ke atas mereka, kata Tan.
![Rangkaian 5G kedua Malaysia mungkin ditangguh Rangkaian 5G kedua Malaysia mungkin ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697199198_GENERIC.jpg)
Rangkaian 5G kedua Malaysia mungkin ditangguh
Pembentukan rangkaian 5G kedua ini berhadapan beberapa isu antaranya ialah penggunaan kelengkapan Huawei dan ZTE.
![Sarawak tidak aniaya, diskriminasi firma China - Uggah Sarawak tidak aniaya, diskriminasi firma China - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705932071_DouglasUggahEmbas.jpg)
Sarawak tidak aniaya, diskriminasi firma China - Uggah
Sarawak nafi dakwaan kerajaan negeri menganiaya atau mendiskriminasi firma dari China yang terlibat dalam projek infrastruktur besar di negeri itu.
![Wind Information dari China berminat buka ibu pejabat serantau di Malaysia - Teo Wind Information dari China berminat buka ibu pejabat serantau di Malaysia - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688425388_TeoNieChing.jpg)
Wind Information dari China berminat buka ibu pejabat serantau di Malaysia - Teo
Wind Information akan dapat menyediakan perkhidmatan maklumat kewangan yang serupa dengan Bloomberg selepas bertapak di Malaysia.
![Blinken zahir kebimbangan terhadap serbuan ke atas syarikat AS di China Blinken zahir kebimbangan terhadap serbuan ke atas syarikat AS di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681814394_SecretaryofStateA.jpg)
Blinken zahir kebimbangan terhadap serbuan ke atas syarikat AS di China
Menurut beberapa laporan awal minggu ini, pihak berkuasa China menyerbu beberapa pejabat firma perunding antarabangsa Capvision.
![Turkiye bina kilang baharu hasilkan bateri kereta Turkiye bina kilang baharu hasilkan bateri kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682405802_TurkeyErdogan.jpg)
Turkiye bina kilang baharu hasilkan bateri kereta
Turkiye sedang mengorak langkah ke arah menjadikan negara itu sebagai pemain utama dalam teknologi bateri.
![Pempamer, pembeli berdaftar dijangka meningkat di MIFF 2023 Pempamer, pembeli berdaftar dijangka meningkat di MIFF 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675412524_FURNIVERSE.jpg)
Pempamer, pembeli berdaftar dijangka meningkat di MIFF 2023
Pembukaan semula pintu sempadan China akan membawa lebih 200 syarikat dari beberapa bandar.
![KKMM bantu polis siasat dakwaan syarikat China kumpul data 1,400 rakyat Malaysia KKMM bantu polis siasat dakwaan syarikat China kumpul data 1,400 rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600096995_SaifuddinAbdullah.jpg)
KKMM bantu polis siasat dakwaan syarikat China kumpul data 1,400 rakyat Malaysia
Saifuddin berkata, kuasa menyiasat merupakan di bawah bidang pihak polis dan KKMM hanya membantu sekiranya dipohon.