KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan perisian kewangan China, Wind Information Co Ltd telah menyatakan minat untuk membuka ibu pejabat serantaunya di Malaysia, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
Teo berkata Wind Information akan dapat menyediakan perkhidmatan maklumat kewangan yang serupa dengan Bloomberg di luar China selepas ia bertapak di Malaysia.
"Syarikat itu berpendapat bahawa apabila mereka beroperasi di China, orang ramai akan melihat mereka sebagai sebuah syarikat dari China.
"Jadi mereka berharap dengan menubuhkan ibu pejabat serantau di Malaysia, Wind Information akan dapat dilihat sebagai sebuah syarikat (antarabangsa) yang menyediakan perkhidmatan serupa dengan Bloomberg kepada rantau Asean atau Asia," katanya kepada Bernama di luar acara sesi perangkaian dengan pelabur dan rakyat Malaysia di Shanghai baru-baru ini.
Teo berada di Shanghai dari 27 hingga 30 Jun untuk menghadiri Mobile World Congress (MWC) Shanghai 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula 28 Jun, yang mana beliau menyampaikan ucap tama bertajuk "Teknologi Memacu Perubahan" pada 29 Jun.
Sepanjang lawatannya selama empat hari itu Teo telah mengunjungi beberapa pavilion syarikat telekomunikasi China dan bertemu beberapa pegawai syarikat telekomunikasi China, termasuk daripada Huawei Technologies Co Ltd.
Ditanya mengenai jumlah pelaburan yang dijangka dibawa oleh Wind Information ke Malaysia, beliau berkata walaupun angka itu tidak didedahkan, kehadiran syarikat tersebut sudah pastinya akan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi seperti analisis data dan kejuruteraan perisian untuk rakyat Malaysia.
Beliau berkata kos operasi yang kompetitif di Malaysia, selain tenaga kerja berkemahiran tinggi dan fasih bertutur pelbagai bahasa yang tersedia di negara ini adalah antara sebab mengapa Wind Information memilih Malaysia berbanding negara jiran yang lain.
Teo mendedahkan ketika ini Wind Information sedang memohon status Malaysia Digital (MD) yang dijangka diluluskan pada pertengahan Julai tahun ini.
Inisiatif MD dilancarkan pada 4 Julai, 2022, yang mana syarikat yang layak akan ditawarkan insentif, hak dan keistimewaan daripada kerajaan untuk menyertai dan menjalankan mana-mana aktiviti digital di negara ini.
Membangunkan pusat data di Malaysia
Selain daripada Wind Information, Teo juga bertemu dengan penyedia perkhidmatan pusat data utama China, Shanghai DC-Science Co Ltd serta GDS Holdings Ltd, pemaju dan pengendali utama pusat data berprestasi tinggi di negara tersebut.
Mengenai Shanghai DC-Science, yang menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan MN Holdings Bhd untuk membangunkan pusat data berprestasi tinggi pertamanya dengan anggaran nilai lebih US$600 juta (US$1=RM4.66) di Malaysia, beliau berkata, syarikat dari China itu dijangka memeterai perjanjian jual dan beli dan memulakan pembinaan pusat data pada bulan ini.
"Mereka berharap pusat data itu boleh mula beroperasi pada suku kedua 2024," katanya.
Di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara DC-Science dan unit milik penuh MN Holdings, Mutu Nusantara Sdn Bhd pada 1 April 2023, sempena lawatan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China, kedua-dua syarikat itu akan membangunkan bersama-sama pusat data berprestasi tinggi seluas 8.09 hektar di Sedenak Tech Park, Johor.
Sementara itu, Teo berkata, GDS Holdings yang melabur sebanyak RM1.38 bilion pada 2022 untuk membangunkan kampus pusat data "hyperscale" pertamanya di Nusajaya Tech Park, Iskandar Puteri, dijangka memulakan operasi pusat datanya di Malaysia pada awal bulan ini.
"Mereka juga merancang untuk melabur lebih banyak lagi dan membangunkan lebih banyak pusat data di Malaysia bagi memastikan Malaysia akan dapat menjadi hab data yang penting," katanya sambil menambah syarikat itu akan terus bekerjasama dengan universiti tempatan untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
Teo mewakili Malaysia ketika hadir pada majlis pembukaan Mobile World Congress di Shanghai, China, 28 Jun 2023. - Facebook Teo Nie Ching
Presiden Yoon enggan beri keterangan
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dilaporkan enggan memberi keterangan semasa sesi soal siasat.
'Elak makan kerang terdampar di pesisir Pantai Sura'
Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah mengambil sampel kerang untuk dianalisis di makmal bagi memastikan tiada biotoksin berbahaya.
Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.
Pengawal keselamatan didakwa miliki tiga parang tanpa maksud sah
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.
Visi TMJ gamit Rob Friend lonjak bola sepak kebangsaan
Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend, teruja untuk menerokai peluang dalam usaha menaikkan martabat bola sepak kebangsaan.
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara melalui pelancaran satelit UzmaSAT-1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California.
TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Lega tambahan RM100 dalam sara, beli keperluan asas
Langkah kerajaan meningkatkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) nyata memberi kelegaan kepada golongan penerima, khususnya kumpulan miskin dan miskin tegar.
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.
IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital
IRC 2025 telah membuktikan bahawa kerjasama mampu menjadi pemangkin penciptaan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan.
JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.
100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas
Sehingga kini, 48 penggiat industri menerima bantuan Ziarah Seni MADANI@Finas yang bertujuan meringankan beban warga seni yang memerlukan.
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
Tujuh lagi NADI akan beroperasi di Sabah tahun depan - Teo
Tujuh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan mula beroperasi di Sabah pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.
Kementerian Komunikasi pastikan rakyat nikmati impak peruntukan RM2.55 bilion
Kementerian Komunikasi akan menggerakkan semua agensi di bawahnya untuk memastikan peruntukan sebanyak RM2.55 bilion dalam Belanjawan 2025 dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.