Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata banyak idea Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai bagaimana sesuatu perkara perlu dilakukan, sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi berkesan.
Beliau berkata bekas perdana menteri itu perlu meningkatkan pengetahuannya mengenai bagaimana sesuatu perkara dilakukan pada masa kini dan apa maksud perkataan globalisasi.
"Dunia kini tanpa sempadan dan Dr Mahathir perlu menerima keadaan ini," katanya menerusi catatan dalam blog beliau di http://sskeruak.blogspot.my/ semalam.
Salleh mengulas jawapan Dr Mahathir terhadap kenyataan Sultan Johor Sultan Ibrahim mengenai pelaburan dari China di Johor, dalam satu wawancara dengan akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star Isnin lalu.
Salleh berkata seperti biasa Dr Mahathir terpaksa menggunakan 'logik yang tidak masuk akal' ketika menjawab kenyataan Sultan Johor itu.
Sebagai contoh, Dr Mahathir berkata beliau menggunakan laporan berita asing sebagai rujukan dan memandangkan laporan itu tidak dicabar atau dinafikan, bermakna ia sememangnya benar.
"Menggunakan logik yang sama, banyak yang diperkatakan tentang Dr Mahathir yang mana beliau sendiri tidak menafikannya, dan Dr Mahathir yang berkata bukan semua semua laporan berita asing adalah benar.
"Dr Mahathir menjelaskan mengenai perbezaan antara pelaburan langsung asing (FDI) yang boleh diterima dan tidak boleh diterima. Warga asing dialu-alukan untuk melabur di Malaysia selagi mereka tidak mendapat manfaat dan ia hanya memberi keuntungan kepada rakyat Malaysia sahaja," katanya.
Salleh menjelaskan pelabur hanya melabur di mana-mana negara sekiranya ia menguntungkan mereka, seperti semasa zaman Dr Mahathir apabila beliau memberikan mereka cukai percutian dan menjaminkan mereka dengan buruh yang murah.
Pelabur, kata Salleh, melabur untuk mendapatkan keuntungan dan bukan membuat kerja-kerja kebajikan, Dr Mahathir juga tahu akan hakikat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2017

Bekas perdana menteri itu perlu meningkatkan pengetahuannya mengenai bagaimana sesuatu perkara dilakukan pada masa kini dan apa maksud perkataan globalisasi. - Gambar Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Azalina jelaskan mahkamah tiada kuasa ke atas urusan Parlimen
Azalina berkata kesahan apa-apa prosiding di Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dicabar di mahkamah.