KUALA LUMPUR: Bantuan segera akan diberikan kepada semua peniaga yang terjejas akibat kebakaran di Pasar Dato Keramat pada Rabu, kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kaunter pendaftaran akan dibuka di pusat khidmat di kawasannya itu pada Khamis bagi mendapatkan maklumat lengkap semua peniaga.
“Selain daripada wang ihsan, esok (Khamis) Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa akan buka kaunter pendaftaran untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada peniaga yang terjejas.
“Kita juga pada malam ini bersama wakil agensi kerajaan pusat seperti TEKUN Nasional selain Baitulmal melihat apa bentuk bantuan boleh diberikan kepada mangsa terlibat,” katanya ketika mengadakan lawatan di lokasi kebakaran pada malam Rabu.
BACA: 46 gerai di Pasar Dato Keramat terbakar
BACA: Kebakaran Pasar Dato Keramat mungkin berpunca daripada litar pintas - Peniaga
BACA: Kebakaran Pasar Dato Keramat: 'Api dari belakang kedai' - Peniaga
Tambah Rina, laporan polis juga akan dibuat berhubung kejadian itu bagi memastikan siasatan secara telus dapat dijalankan dalam mengenal pasti punca kebakaran.
“Esok (Khamis) jam 10 pagi kita akan buka kaunter pendaftaran di pejabat persatuan penjaja (pasar berkenaan) untuk mendapatkan maklumat (daripada peniaga bagi membantu siasatan)... juga laporan polis akan dibuat.
“Tentang pembangunan (semula) kedai ini, kita akan bincang dengan pihak berkuasa dan pihak pemaju. Perkara ini saya akan bawa kepada Kementerian Wilayah Persekutuan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, 46 deretan kedai Pasar Dato Keramat musnah dijilat api dalam kebakaran kira-kira jam 5.26 petang itu. Api bagaimanapun berjaya dipadamkan kira-kira sejam kemudian.
Fareez Azman
Wed Mar 17 2021
![Bantuan segera disalur kepada peniaga mangsa kebakaran Pasar Dato Keramat - Rina Harun Bantuan segera disalur kepada peniaga mangsa kebakaran Pasar Dato Keramat - Rina Harun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615998637_RinaHarun.jpg)
Rina berkata laporan polis juga akan dibuat berhubung kejadian itu bagi memastikan siasatan secara telus dapat dijalankan dalam mengenal pasti punca kebakaran. - Gambar/ Astro AWANI
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738792621_TBpasarkeramat.jpg)
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
![PM Anwar mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian PM Anwar mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721985963_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian
Perdana Menteri mahu DBKL memberi perhatian dan keutamaan kepada pembangunan semula Pasar Dato Keramat yang dilihat sangat daif.
![Pembangunan semula Pasar Dato Keramat bermula 2024, secara berfasa Pembangunan semula Pasar Dato Keramat bermula 2024, secara berfasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648519952_PasarDatoKeramat.jpg)
Pembangunan semula Pasar Dato Keramat bermula 2024, secara berfasa
Pihaknya telah menyerahkan permohonan kebenaran merancang kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kini dalam proses pindaan yang akan dimuktamadkan pada bulan depan.
![Peniaga harap deretan kedai terbakar di Pasar Dato Keramat, dibangunkan semula Peniaga harap deretan kedai terbakar di Pasar Dato Keramat, dibangunkan semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616075631_PASARDATOKERAMAT.jpg)
Peniaga harap deretan kedai terbakar di Pasar Dato Keramat, dibangunkan semula
Mereka rayu ia dilaksanakan dengan kadar segera kerana lokasi itu adalah merupakan tempat mereka mencari rezeki.
![46 gerai di Pasar Dato Keramat terbakar 46 gerai di Pasar Dato Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71615980460_kebakaran.jpg)
46 gerai di Pasar Dato Keramat terbakar
Sebanyak 46 buah gerai di Pasar Dato Keramat musnah dalam satu kebakaran di sini, pada Rabu.