KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 sebanyak RM1,200 kepada penjawat awam Negeri Pahang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insentif berkenaan bakal dinikmati 8,000 penjawat awam negeri ini melibatkan semua gred perjawatan membabitkan peruntukan RM9.6 juta.
"Bantuan Khas Kewangan tersebut akan mula dibayar pada 20 April ini iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Pemberian bantuan kali ini meningkat sebanyak RM200 berbanding RM1,000 yang disumbangkan pada tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Jelasnya, bantuan terbabit dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Negeri mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh selain menghargai sumbangan serta khidmat bakti penjawat awam di negeri ini.
"Saya berharap bantuan khas ini dapat meringankan beban penjawat awam Negeri Pahang dalam membuat persediaan menyambut Aidilfitri nanti. Namun, berbelanjalah secara berhemah dan berjimat-cermat.
"Saya juga mengharapkan pemberian insentif ini dapat menyuntik semangat dan motivasi penjawat awam di negeri ini untuk meningkatkan prestasi kerja serta berkhidmat dengan cemerlang demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri," katanya lagi.
Ifti Femida
Wed Apr 13 2022

Wan Rosdy berkata insentif berkenaan bakal dinikmati 8,000 penjawat awam negeri ini melibatkan semua gred perjawatan membabitkan peruntukan RM9.6 juta. - Foto Astro AWANI
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Bantuan Khas Aidilfitri RM1,200 untuk penjawat awam Negeri Pahang
Kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 sebanyak RM1,200 kepada penjawat awam Negeri Pahang.