KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa kerajaan supaya memastikan beberapa langkah dilaksanakan susulan sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun, 2021.
Bendahari Kehormat, Faeez Fadhlillah berkata industri dan aktiviti ekonomi yang berkaitan telah mengalami kerugian lebih RM100 bilion secara keseluruhan.
Pada 2020, ketibaan pelancong di Malaysia merosot 83.4 peratus manakala perbelanjaan pelancong susut 85.3 peratus kepada RM12.69 bilion tahun lepas daripada RM86.14 bilion pada 2019, katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata justeru, MATTA berharap kerajaan dapat melakukan beberapa inisiatif untuk meredakan risiko ekonomi berikutan penutupan industri.
Inisiatif itu termasuk moratorium pinjaman automatik bagi peserta industri pelancongan dengan sifar kadar faedah, lanjutan program subsidi upah sehingga akhir tahun serta pembatalan Kursus Peningkatan Pelancongan dan Pengembaraan (TTEC), katanya.
Faeez berkata ejen pelancongan yang terjejas teruk ekoran Perintah Kawalan Pergerakan berterusan dan penutupan sempadan juga memerlukan bantuan kewangan dan hala tuju pemulihan pelancongan yang jelas untuk membangunkan semula industri.
Beliau berkata MATTA menyarankan kerajaan mewujudkan pelan hala tuju pemulihan pelancongan bersama-sama sektor swasta memandangkan terdapat keperluan mendesak untuk industri ini merancang dan menyusun strategi bagi masa depan.
"Ini merangkumi rangka kerja dan jangka masa yang jelas bila sempadan domestik dan antarabangsa boleh dibuka semula, yang secara jelas menggariskan syarat-syarat berkaitan sempadan kita yang mana boleh mula dibuka semula.
"Rombakan besar-besaran ke atas dasar pelancongan termasuk pindaan Akta Industri Pelancongan 1992 serta pembatalan TTEC perlu dilakukan sejajar dengan rangka kerja keseluruhan," katanya.
Beliau berkata MATTA menyokong cadangan Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia bahawa subsidi upah 70 peratus perlu diberikan kepada semua kakitangan yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 dan subsidi 30 peratus (dihadkan pada RM3,000) bagi mereka yang berpendapatan lebih RM4,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 29 2021
![Bantuan kepada industri pelancongan penting semasa sekatan pergerakan penuh - MATTA Bantuan kepada industri pelancongan penting semasa sekatan pergerakan penuh - MATTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621907220_mattalogo.jpg)
Faeez berharap kerajaan dapat melakukan beberapa inisiatif untuk meredakan risiko ekonomi berikutan penutupan industri. - www.matta.org.my
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689157846_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
![Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692252114_jermanflag.jpg)
Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat
Kadar pengangguran di Jerman pada Jun meningkat sebanyak 4,000 orang secara bulanan mencecah 2.73 juta, menjadikan kadar pengangguran negara itu pada 5.8 peratus.
![Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696493849_Pengarah.jpg)
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
![Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716803691_AhmadZahidHamidi.jpg)
Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi
Ahmad Zahid menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan Mohamad Hasan berhubung dakwaan penyertaan syarikat BlackRock Inc dalam penstrukturan semula MAHB bersifat peribadi.
![WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719197623_WEFChina.jpg)
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
![[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau' [KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719028574_tbKualaLumpurGener.jpg)
[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'
Kedudukan daya saing Malaysia umumnya menurun dari tahun ke tahun sejak bertahun yang lalu.
![Malaysia bakal dapat manfaat daripada BRICS - Pakar ekonomi Malaysia bakal dapat manfaat daripada BRICS - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692683918_BRICS.jpg)
Malaysia bakal dapat manfaat daripada BRICS - Pakar ekonomi
BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi sedang pesat membangun.
![BRICS membolehkan Malaysia mempelbagai hubungan strategik, memperkukuh ekonomi BRICS membolehkan Malaysia mempelbagai hubungan strategik, memperkukuh ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660107965_HBREAKEKONOMINEGARA.jpg)
BRICS membolehkan Malaysia mempelbagai hubungan strategik, memperkukuh ekonomi
Penyertaan Malaysia ke dalam BRICS akan membolehkan ia mempelbagaikan lagi hubungan strategiknya.
![Calon Presiden Iran kemuka hujah ekonomi dalam siri debat pertama Calon Presiden Iran kemuka hujah ekonomi dalam siri debat pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718669863_TBDEBATETEHRAN.jpg)
Calon Presiden Iran kemuka hujah ekonomi dalam siri debat pertama
Ia menjelang Pilihan Raya Presiden 28 Jun ini susulan nahas helikopter bulan lalu yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi.
![Kerjasama Brazil, China amat berhasil - Naib Presiden Brazil Kerjasama Brazil, China amat berhasil - Naib Presiden Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718616639_tbChinnaBrazilFl.jpg)
Kerjasama Brazil, China amat berhasil - Naib Presiden Brazil
Dalam tempoh 50 tahun lalu, Brazil dan China mengukuhkan hubungan dua hala sehingga menjalin perkongsian strategik komprehensif.