Membantah pelantikan Tan Sri Rahim Noor atas dasar prinsip menolak individu yang terbukti adalah seorang pembuli.
Itu pendirian tegas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar yang turut menekankan ia kenyataan bebas sebagai warganegara Malaysia dan tidak bergantung kepada kenyataan ibu atau bapanya.
“Ini bukan soal memaafkan atau tidak; ini adalah soal prinsip hidup yang mana saya telah menyatakan dengan jelas dan tegas bahawa saya menolak pelantikan seorang pembuli yang telah terbukti bersalah di mahkamah.
“Maka dalam konteks ini, bagi menyelesaikan mana-mana konflik kedamaian sama ada di Selatan Thai atau Filipina, tidak boleh melantik seseorang yang terbukti telah menggunakan keganasan kepada orang lain yang tidak berdosa.
"Pelantikan ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambah Nurul Izzah, sebagai seoang ibu dan warganegara Malaysia, beliau konsisten dengan prinsip hidupnya yang menolak pembuli dan mendidik anak-anaknya agar tidak menjadi mangsa buli atau seorang pembuli.
Ia juga, katanya, adalah mesej utama yang mahu disampaikan di atas ketidakpersetujuan pelantikan bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu rundingan damai Selatan Thailand.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menyifatkan bahawa kenyataannya bukan berkait dengan isu peribadi tetapi lebih kepada mempertahankan nilai-nilai kemanusiaan.
Ibunya yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam satu temu bual hari ini turut menyatakan bahawa tidak senang dengan pelantikan Rahim tetapi akur dengan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Azyyati Ahmad
Thu Aug 30 2018
![Bantah Rahim Noor atas prinsip menolak pelantikan 'pembuli' - Nurul Izzah Bantah Rahim Noor atas prinsip menolak pelantikan 'pembuli' - Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81535628526_BPAHLIPOLITIKx.jpg)
Nurul Izzah menyifatkan kenyataannya bukan berkait dengan isu peribadi, tetapi lebih kepada mempertahankan nilai-nilai kemanusiaan. -Astro AWANI
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720303627_NurulIzzahAnwar.jpg)
PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri
PKR menyahut keputusan PRK Sungai Bakap malam tadi sebagai tekad untuk bermuhasabah diri.
![Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715894436_NurulIzzahAnwar.jpg)
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
![Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715474374_tbAnwarIbrahim.jpg)
Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden
PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda.
![Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI perkenalkan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI perkenalkan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701041074_NurulIzzahAnwar.jpg)
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI perkenalkan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI adalah titik tolak penting untuk memperkenal Kerajaan Perpaduan dan semua jentera agensi kerajaan untuk dikenali sebaiknya oleh rakyat.
![Kekal kemenangan pada PRU akan datang, agenda dapat terus dilaksana - Nurul Izzah Kekal kemenangan pada PRU akan datang, agenda dapat terus dilaksana - Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701041074_NurulIzzahAnwar.jpg)
Kekal kemenangan pada PRU akan datang, agenda dapat terus dilaksana - Nurul Izzah
Katanya, kemenangan itu harus bermula dengan Pilihan Raya Negeri Sabah yang dijangka diadakan tahun depan.
!['Peratus keluar mengundi PRN rendah boleh dielak jika disekali dengan PRU15' 'Peratus keluar mengundi PRN rendah boleh dielak jika disekali dengan PRU15'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691965143_NurulIzzah.jpg)
'Peratus keluar mengundi PRN rendah boleh dielak jika disekali dengan PRU15'
Nurul Izzah mengakui hakikat Pas telah berjaya menusuk kalbu anak-anak muda.
![Nepostisme: Prinsip PM terhakis selepas tidur sebantal dengan UMNO dan BN? - Wan Saiful Nepostisme: Prinsip PM terhakis selepas tidur sebantal dengan UMNO dan BN? - Wan Saiful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71669825571_WanSaifulWanJan.jpg)
Nepostisme: Prinsip PM terhakis selepas tidur sebantal dengan UMNO dan BN? - Wan Saiful
Amalan nepotisme pernah ditentang Anwar Ibrahim dan rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan sebelum ini.
![Hassan Marican pelawa Nurul Izzah ketuai Sekretariat Badan Penasihat Menteri Kewangan Hassan Marican pelawa Nurul Izzah ketuai Sekretariat Badan Penasihat Menteri Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676193190_Nurulizzah.jpg)
Hassan Marican pelawa Nurul Izzah ketuai Sekretariat Badan Penasihat Menteri Kewangan
Nurul Izzah Anwar dipelawa untuk mengetuai bersama sebuah sekretariat bagi menyokong Badan Penasihat Khas kepada Menteri Kewangan.
![[KOLUMNIS] Hitam-putih kontroversi pelantikan Nurul Izzah [KOLUMNIS] Hitam-putih kontroversi pelantikan Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675310777_AnwarIbrahim.jpg)
[KOLUMNIS] Hitam-putih kontroversi pelantikan Nurul Izzah
Rasulullah pernah melantik menantunya, Othman ibn Affan sebagai penjaga Madinah ketika baginda keluar memimpin tentera Islam di Badr.
![Pelantikan Nurul Izzah undang perdebatan di media sosial Pelantikan Nurul Izzah undang perdebatan di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71675054447_IzzahAnwar.jpg)
Pelantikan Nurul Izzah undang perdebatan di media sosial
Kebanyakan berbeza pandangan sambil ada yang setuju kerana yakin pengalaman dan pendidikan Nurul Izzah sesuai dengan jawatan tersebut.