KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka menyederhana kepada 3.9 peratus pada 2023 daripada unjuran 4.3 peratus pada April tahun ini di tengah-tengah penyusutan permintaan luar, demikian menurut Bank Dunia.
Bagaimanapun, permintaan domestik dijangka terus menyokong daya tahan ekonomi Malaysia tahun ini manakala ruang fiskal yang terhad kekal menjadi cabaran utama kepada negara, kata ketua ekonomi Bank Dunia Apurva Sanghi.
“Pertumbuhan bagi tahun ini sebenarnya 0.4 mata peratus lebih rendah daripada unjuran kami sebelum ini disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak mengejutkan -- pertumbuhan global yang lebih rendah dan permintaan luar yang lemah pada tahun ini.
“Ia dapat dilihat daripada angka eksport Malaysia, yang menguncup sebanyak 3.3 peratus (pada suku pertama) dan 9.4 peratus (pada suku kedua) tahun ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman Kemas Kini Oktober Ekonomi Bank Dunia Asia Timur dan Pasifik (EAP) Oktober 2023 dan bahagian pertama Malaysia Economic Monitor (MEM) bagi bulan September 2023, di sini, hari ini.
Apurva berkata ekonomi Malaysia sensitif terhadap perubahan permintaan luar, terutamanya berkaitan rakan dagang terbesar negara, iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China.
Bank Dunia menganggarkan bahawa penurunan satu mata peratusan dalam kadar pertumbuhan AS boleh mengurangkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 0.82 mata peratusan, dan penurunan 1.0 mata peratusan dalam kadar pertumbuhan KDNK China boleh menyeret turun KDNK Malaysia sebanyak 0.45 mata peratusan.
“Bukan hanya faktor luaran yang mempengaruhi pertumbuhan Malaysia tetapi juga faktor domestik, termasuk kesan asas daripada pertumbuhan tinggi tahun lepas dan keadaan cuaca yang ekstrem.
"Keadaan cuaca panas telah menjejaskan pengeluaran pertanian pada awal tahun ini. Ia memberi implikasi, dan perlu diingat bahawa kebanyakan pengeluaran beras tertumpu di bahagian wilayah utara Malaysia.
"Keadaan cuaca ekstrem boleh memberi kesan yang tidak seimbang kepada pertanian dan keterjaminan makanan,” katanya.
Walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia telah melepasi paras sebelum pandemik, Apurva berkata kadar kemiskinan mutlak di Malaysia berada pada 6.2 peratus dan masih tinggi daripada kadar kemiskinan sebelum pandemik sebanyak 5.6 peratus.
“Tidak semua isi rumah mengalami pemulihan yang seragam. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) telah melepasi paras sebelum pandemik, tetapi hampir setengah juta isi rumah kekal berada di bawah garis kemiskinan.
"Manfaat pertumbuhan tidak tersebar sepenuhnya kerana kira-kira setengah juta isi rumah kekal di bawah garis kemiskinan," katanya.
Menurutnya Bank Dunia, kira-kira 490,000 isi rumah Malaysia masih terdedah dan bergelut dengan kesan COVID-19, justeru negara perlu menekankan kepentingan program perlindungan sosial yang berkesan dan disasarkan dengan baik.
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang kepada 4.3 peratus pada 2024, katanya.
Industri Semikonduktor, FDI dan ringgit
Apurva berkata sektor semikonduktor Malaysia merupakan salah satu penyumbang utama kepada ekonomi kerana sektor itu membentuk lebih separuh daripada jumlah eksport industri elektrik dan elektronik dan 22 peratus daripada jumlah eksport negara.
“Apa yang kami dapati ialah ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China telah meningkatkan eksport semikonduktor ke China dan juga AS.
“Menariknya, ketegangan perdagangan itu juga telah meningkatkan import semikonduktor Malaysia dari China, tetapi ini boleh menjadi faktor risiko pada masa hadapan jika sekatan AS mengganggu bekalan China dan seterusnya memberi kesan kepada keupayaan Malaysia untuk mengeluarkan lebih banyak produk semikonduktor berkaitan hiliran,” katanya.
Mengenai pelaburan langsung asing (FDI), Apurva berkata nisbah pelaburan Malaysia berbanding KDNK secara konsisten menurun sejak Krisis Kewangan Asia daripada paras tertinggi melebihi 40 peratus daripada KDNK kepada di bawah 20 peratus pada hari ini.
“Kami percaya Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 akan memberi dorongan baharu kepada FDI dan pelaburan langsung domestik, tetapi terdapat juga keperluan untuk meliberalisasikan perkhidmatan, yang akan membantu NIMP 2030 mencapai objektifnya,” katanya.
Apurva juga menggesa Malaysia mengurangkan jurang tenaga kerjanya untuk terus menarik aliran masuk FDI.
Mengenai ringgit, pakar ekonomi itu berkata mata wang tempatan menyusut sebanyak 15 peratus berbanding dolar AS dari Januari 2021 hingga Jun 2023.
Beliau berkata tiga penyebab utama kejatuhan nilai ringgit ialah harga minyak, perbezaan kadar faedah dan kedudukan pelaburan antarabangsa.
“Antara tiga faktor itu, pengetatan Dasar Monetari AS adalah pemacu nombor satu yang membawa kepada penurunan nilai ringgit,” katanya.
Bernama
Mon Oct 02 2023

Apurva berkata ekonomi Malaysia sensitif terhadap perubahan permintaan luar, terutamanya berkaitan rakan dagang terbesar negara, iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China. - Gambar/ Bernama
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekonomi Singapura berkembang 4.4 peratus pada 2024 - MTI
Ekonomi Singapura berkembang 4.4 peratus pada 2024, meningkat daripada anggaran awal 4.0 peratus.

GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya.

WEF: Ketegangan ekonomi AS-China bukan hal baharu, Malaysia atur langkah lebih berhati-hati
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan, ketegangan ekonomi antara Amerika Syarikat (AS) dan China bukanlah perkara baharu.

Kerajaan tidak terburu-buru kejar status negara maju - Rafizi
Kerajaan tidak terburu-buru mengejar status negara maju sebaliknya pertumbuhan ekonomi yang semakin baik menjadikan Malaysia kini berada di landasan tepat untuk mencapai kedudukan itu.

KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.

Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan Malaysia ke 4.9 peratus
Faktor domestik dan luaran menyokong unjuran pertumbuhan yang dinaik taraf susulan ekonomi global menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Kemajuan ‘Bandar Singa’, cerita daya tahan kendiri mendepani dunia
Menteri kabinet Singapura, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkongsi cerita daya tahan Singapura dalam perjalanan membina negara bandar berkenaan.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.3700/3745 berbanding dolar AS 4.3275/3330 ketika ditutup pada Jumaat.

Malaysia luluskan pelaburan RM160 bilion pada enam bulan pertama 2024 - PM Anwar
Malaysia mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM160 bilion merentasi pelbagai sektor bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.