Hampir 50 meter jalan di Kampung Lubuk Panjang di Chalok, Setiu runtuh berikutan hujan lebat yang melanda daerah itu sejak dua hari lalu. Runtuhan itu dipercayai berlaku selepas arus air sungai yang deras di kawasan berdekatan melimpah. Menurut seorang penduduk Abdul Rahman Dollah, 58, runtuhan jalan itu disedari penduduk sekitar jam 7.30 pagi Jumaat.
Katanya jalan yang terletak kira-kira 10 meter dari kediamannya itu baru sahaja dibaik pulih kira-kira dua bulan lalu. “Jalan baru buat dua bulan dah runtuh. Dahulu jalan ini asalnya rendah. Lokasi di tempat laluan air laju. Lepas itu apabila kontraktor buat jalan tinggi jadi apabila tinggi air tak sempat lalu, rumah pun air naik dengan mendadak. Jalan pun runtuh habis dengan tar-tar ini hanyut habis,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Abdul Rahman berkata setiap tahun kawasan itu pasti dinaiki air namun pada kali ini ia lebih besar berbanding kebiasaannya. Terdahulu, dua daerah di negeri Terengganu mula dilanda banjir dan menyebabkan lebih 100 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Banjir yang memasuki hari kedua di negeri itu menyaksikan daerah Setiu menjadi daerah terbaharu yang dilanda bencana alam itu selepas daerah Kuala Nerus.Tumpuan Rabu – 27 November 2024 Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024) Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dua keluarga di Felda Neram 2 berdepan detik cemas tanah runtuh Dua keluarga di Felda Neram 2, di sini berdepan detik cemas apabila tanah di belakang rumah mereka runtuh secara tiba-tiba.
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
Pesara bungkus perabot elak terkena banjir Moh Norddin Ahmad, 60, berkata idea kreatif itu sudah dilakukan pada tahun lepas dengan membungkus kereta Proton Persona dan sebuah motosikal menerusi kaedah yang sama.
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah bermula hari ini Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu, hari ini.
Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih Tiga negeri kembali dilanda banjir apabila beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu dan Selangor.
Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000 Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mengemukakan borang bantuan banjir yang mengandungi butiran palsu, tahun lepas.
Banjir Terengganu: Warga emas ditahan cabul kanak-kanak di PPS Dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Kuala Nerus mendakwa menjadi mangsa amang seksual seorang warga emas.
Banjir Terengganu: 34 sekolah ditutup Sebanyak 34 sekolah membabitkan enam daerah di Terengganu terpaksa ditutup pada Rabu kerana dinaiki air dan sebahagian dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir: Lebih 5,000 mangsa berlindung di 38 PPS di Terengganu, Kelantan, Perak Seramai 5,202 mangsa banjir berada 38 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas iaitu Terengganu, Kelantan dan Perak setakat 8 pagi ini.