KEADAAN banjir di negeri Kedah pulih apabila semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah ditutup pada Ahad.

Seramai 30 mangsa banjir daripada sembilan keluarga yang ditempatkan PPS Dewan Cenderawasih, Pendang merupakan mangsa terakhir dibenarkan pulang.

PPS tersebut ditutup sejurus kesemua mangsa banjir terlibat pulang ke rumah masing-masing.

Beberapa daerah di negeri ini iaitu Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu, Baling dan Sik dilanda banjir sejak hampir sebulan lalu.

Jumlah mangsa banjir yang paling tinggi dipindahkan di PPS di negeri ini adalah seramai 954 mangsa daripada 266 keluarga yang dicatatkan pada 5 November lalu.