MUALLIM: Seramai 50 penduduk daripada 20 keluarga di Taman Permai Slim River, di sini, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Slim River awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, ia berikutan banjir yang berlaku di kawasan berkenaan susulan hujan lebat berterusan pada Selasa.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.30 pagi sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River ke lokasi.
"Terdapat kes banjir di kawasan perumahan berkenaan dan membabitkan pemindahan ke PPS.
"Kesemua mereka yang terbabit dipindahkan ke PPS dengan menaiki lori 3 tan serta kenderaan utiliti. Selain itu kebanyakan mangsa berpindah sendiri.
"Operasi pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang risiko susulan banjir," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi yang diketuai PPgB Ahmad Nazirulmubin Narodi itu tamat pada jam 3.07 pagi.
Aida Aziz
Wed Feb 15 2023
Seramai 50 penduduk daripada 20 keluarga di Taman Permai Slim River dipindahkan ke PPS SK Slim River awal pagi tadi. -JBPM
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
AWANI Ringkas: PM: Akrab dengan China tidak bermakna menyebelahi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing
Taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
AWANI Pagi: Jiwa SME | Rahsia usahawan tempatan menawan cabaran untuk kecapi kejayaan
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama tiga tetamu, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, Pengasas Sumatraa Sdn Bhd, Mohammad Syaifullah Che Ghani dan Nor Hedayah Kaulan, Pengasas Hedy's International Sdn Bhd berkongsi rahsia kejayaan dalam bidang keusahawanan dan bagaimana mereka menerima bantuan untuk mengecapi kejayaan itu.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 November 2024
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.
Banjir Sepanyol: PM Anwar sampaikan rasa simpati
Anwar Ibrahim menyampaikan rasa simpati beliau kepada orang ramai di Sepanyol, yang terkesan akibat banjir besar di negara itu.
Warga emas bina reban rakit elak ternakan dihanyutkan banjir
Seorang warga emas mengambil inisiatif membina reban rakit bagi menyelamatkan ayam ternakannya mati dan mengelak mengalami kerugian besar akibat banjir menjelang Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.
Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir di Valencia, Sepanyol - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihati agar terus berwaspada dan mematuhi arahan serta nasihat pihak berkuasa tempatan.
Banjir: Keluarga diraja Sepanyol tunda lawatan susulan ketegangan di Valencia
Keputusan dibuat melalui persetujuan bersama antara pihak berkuasa negara Sepanyol, kerajaan autonomi Valencia, dan Istana Diraja.
Hampir 200,000 penduduk Jepun diarah pindah akibat hujan lebat
Taufan Kong-rey berubah menjadi tekanan udara rendah sehingga membawa hujan sebanyak 100 milimeter dalam masa satu jam.
211 terkorban, kawasan terputus hubungan akibat banjir terburuk Sepanyol
Ribut kuat mencetuskan banjir dahsyat pada Selasa, dengan Wilayah Valencia paling teruk terjejas.
Angka kematian akibat banjir terburuk di Sepanyol meningkat kepada 207 orang
Angka korban dijangka meningkat dalam beberapa jam akan datang ketika pasukan penyelamat terus melakukan pencarian di kawasan yang paling terjejas.
Monsun Timur Laut dijangka bermula Selasa ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut akan bermula pada 5 November ini dan berterusan sehingga Mac 2025.
Angka korban akibat banjir di Valencia meningkat kepada 95 orang
Jumlah korban akibat banjir di Valencia meningkat kepada 95 orang selepas hujan lebat melanda bahagian timur wilayah itu.