PASIR MAS: Seorang penternak lembu dari Kampung Gual Tambun di sini risau memikirkan nasib empat ekor lembu ternakannya yang sudah tiga hari ditinggalkan berhampiran dengan rumahnya yang dilanda banjir.
Mohd Riduan Ismail, 44, yang juga seorang pesara tentera, khuatir lembu-lembunya yang ditinggalkan itu akan lemas di tempat ia ditambat.
"Waktu air mula naik Ahad lalu saya dah alihkan lembu-lembuitu ke tempat yang saya rasa selamat.
"Tapi banjir kali ini nampaknya lebih teruk dari yang jadi Februari lalu, saya risau lembu-lembu semua lemas ditenggelami air," katanya yang menumpang di rumah saudaranya di kawasan berhampiran sejak Ahad lalu.
Bercakap kepada Bernama pada Selasa, Mohd Riduan berkata beliau sedang berikhtiar untuk melihat keadaan lembu-lembunya itu memandangkan akses melalui jalan raya untuk ke rumahnya yang sedikit pedalaman telah terputus kerana ditenggelami air melebihi paras pinggang.
"Kalau tak dapat bot atau sampan, nampaknya saya kena berenang," katanya.
Pemilik bengkel Mohd Zasuki, 50 pula pasrah melihatkan lebih 10 kereta pelanggan di bengkelnya ditenggelami air.
Mengimbas kembali detik ketika bengkelnya dinaiki air, Mohd Zasuki berkata beliau bersama seorang pembantunya hanya sempat mengalihkan beberapa kenderaan memandangkan paras air naik dengan begitu cepat.
"Kami hanya alihkan (kereta) mana yang sempat sahaja. Buat masa ini saya belum boleh anggarkan berapa jumlah kerugian yang dialami.
"Selain kereta-kereta pelanggan yang tenggelam, saya juga khuatir peralatan dan mesin yang digunakan untuk membaiki kereta turut rosak," katanya.
Justeru, beliau berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan bantuan kepada pengusaha yang terjejas dengan banjir bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka.
Pendapatnya itu disokong oleh peniaga kedai runcit, Zaki Yaakob, 41, yang menganggarkan kerugian dialaminya kali ini melebihi RM100,000 apabila semua barangan jualan di kedainya rosak dan tidak boleh diniagakan lagi.
Zaki turut berharap agar kerajaan dapat mempercepatkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) bagi membolehkan masalah banjir di daerah itu selesai.
"Kalau tanya orang veteran di sini, semua cakap cepatkan PLSB sebab sekarang ini air tak boleh mengalir.
"(Jadi) sistem tebatan ini siapkan cepat...kesian orang kampung yang kebanyakannya penoreh, petani dan penternak," katanya.
Beliau mendakwa sejak projek PLSB dimulakan, limpahan Sungai Golok yang mengakibatkan banjir akan berlaku lebih cepat dan sekali ganda lebih dalam berbanding 0.5 meter sebelum projek itu dimulakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022

Osman Ibrahim, menyelamatkan seekor lembu peliharaannya ketika kawasan itu dinaiki air berikutan hujan lebat di Kampung Tengkawan. -Foto BERNAMA
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.