TASEK GELUGOR: Pelbagai aduan sudah disalurkan kepada pihak penguasa, namun penduduk mendakwa, masih tiada sebarang tindakan berkesan diambil.
Itu antara luahan perasaan komuniti Kampung Merbau Kudung, Sungai Dua, dekat sini, yang hampir setiap tahun berdepan dengan bencana banjir, sejak 20 tahun yang lalu.
Bukan sahaja kerugian ribuan ringgit yang dialami, malah ancaman keselamatan seperti haiwan berbisa ketika waktu banjir turut meresahkan penduduk itu.
Juruteknik, Syed Naser Syed Ali, 51 tahun, berkata, setiap kali hujan lebat, air Sungai Merbau Kudong yang terletak berhampiran kampung itu akan melimpah keluar menyebabkan perumahan di kampung itu terjejas.
"Bila hujan lebat dua tiga jam, kemudian waktu itu pula jika air dari Sungai Muda dilepaskan, akan jadi overflow.
"Dan pada masa yang sama, jika pam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) tidak berfungsi, maka air akan dilepas ke kawasan itu yang akhirnya menyebabkan limpahan di kawasan itu.
"Saya sudah ajukan perkara ini kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), namun tindakannya sangat lambat," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, baru-baru ini.
Justeru, Syed Naser mahu pihak yang bertanggungjawab supaya memperbesarkan sambungan ke Sungai Perai bagi membolehkan air mengalir tanpa sebarang halangan.
Malah, dakwanya, lumpuh yang dilepaskan oleh PBAPP juga menjadikan Sungai Merbau Kudong itu semakin cetek.
Bagi Sofiah Ariffin, 76 tahun, yang tinggal di kawasan itu sejak 45 tahun lalu, dia menjadi trauma setiap kali hujan lebat.
"Kalau tak banjir pun, kalau hujan lebat tak henti-henti dua tiga jam, makcik takut. Perabot termasuk bantal dan tilam yang dibeli anak-anak saya semua rosak dinaiki air, tak tau nak simpan mana, rumah tak bertingkat," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Che Puteh Shaleh, 54 tahun, memberitahu, dia dan suaminya yang ketika hayatnya merupakan seorang pesakit dialisis, berdepan detik sukar setiap kali air naik.
"Arwah (suami) seorang pesakit dialisis, bila banjir kami terpaksa duduk dalam air sehingga air surut sebab pergerakan suami saya agak terbatas," katanya.
Bagi bekas pekerja koperasi sekolah, Mariam Tapah, 62 tahun, penduduk di situ terpaksa membiasakan diri dan 'hidup' dengan banjir sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali setahun.
Paling teruk katanya, pada tahun 2016, kampung itu dinaiki air paras pintu dan mereka terpaksa tinggal di dewan berhampiran sehingga air surut.
"Makcik minta calon yang menang kalau ada datanglah jenguk kami kami, jangan janji sahaja, apabila banjir seorang pun tak tunjuk muka," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Sun Oct 30 2022
(Dari kiri) Mariam Tapah, Syed Naser Syed Ali dan Sofiah Ariffin mahu kerajaan mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah banjir di Merbau Kudung, Sungai Dua. - Gambar Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
PRU15: Wan Saiful kecewa pihak lawan edar kain rentang, risalah provokasi
Risalah-risalah sengaja ditampal di tempat-tempat awam selain bertaburan di jalan raya.
PRU15: Calon 'underdog' BN Tasek Gelugor yakin pertahankan kerusi tradisi
Muhamad Yusoff sedar dikenali sebagai pemimpin kampung, namun, ada cara tersendiri untuk berkempen bagi menyakini pengundi.
PRU15: Calon PH antara yang terawal tiba di pusat penamaan Tasek Gelugor
Calon BN Datuk Muhammad Yussof Mohd Noor pula tiba pada pukul 9.08 pagi diikuti calon Warisan Mohd Akmal Azhar pukul 9.10 pagi.
PRU15: Bersatu Tasek Gelugor sokong Wan Saiful sebagai calon Parlimen
Cadangan menamakan Wan Saiful sudah dipanjangkan kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Banjir: Penduduk Kampung Merbau Kudung rayu penyelesaian segera
Pelbagai aduan sudah disalurkan kepada pihak penguasa, namun mereka mendakwa, masih tiada sebarang tindakan berkesan diambil.
Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor?
Tan Sri Dzulkifli Ahmad dikhabarkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).