JERANTUT:Seorang kakitangan Pejabat Hutan Jerantut menjadi korban pertama banjir di Pahang selepas ditemui lemas dibawa arus deras di Kampung Gintong di sini semalam.
Mangsa Zulkarnain Hitam, 58 tahun, yang hanyut ketika berjalan melintasi kawasan banjir berhampiran sungai itu ditemui oleh anaknya selepas kejadian.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu seorang anak mangsa, Ukai Iskandar Zulkarnain, 23 tahun, masih hilang selepas dibawa arus deras Sungai Puas di sini.
Ketua Polis Daerah Supt Mazlan Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama tiga anaknya dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Perdana ke sebuah rumah di Kampong Sokti di sini.
Katanya, apabila sampai kira-kira dua kilometer dari rumah kampung mereka, mangsa bersama tiga orang anaknya meletakkan kenderaan di Kampung Gintong dan berjalan kaki susulan jalan ditenggelami air banjir.
"Apabila sampai di lokasi kejadian mangsa tiba-tiba hanyut dibawa arus air sebelum dua orang anak mangsa berjaya mencari mangsa yang lemas.
"Tidak lama kemudian mangsa lemas dan dua orang anak mangsa berjaya dibawa naik oleh orang kampung, manakala mangsa yang hanyut gagal ditemukan," katanya di sini, hari ini.
Menurut Mazlan, anak mangsa yang masih belum ditemui, Ukai Iskandar merupakan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Katanya, operasi mencari dan menyelamat yang ditangguhkan pada pukul 3.30 pagi semalam diteruskan lagi pada pukul 8 pagi ini.
Dalam pada itu, Mazlan menasihatkan orang ramai berhati-hati dalam keadaan banjir dan merancang perjalanan dari semasa ke semasa.
"Orang ramai diminta berwaspada dengan keadaan banjir bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti pokok tumbang. tanah runtuh dan kenaikan paras air di Sungai Pahang," ujarnya.
Aira Abdul
Mon Jan 04 2021

Zulkarnain (gambar kecil) lemas dipercayai akibat dihanyutkan arus deras semasa berjalan kaki pulang ke rumah bersama tiga anaknya. - Twitter BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.