KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 537 daripada 160 keluarga yang ditempatkan di lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang dalam satu kenyataan berkata, ia membabitkan lima buah daerah iaitu Lipis, Temerloh, Bera, Jerantut dan Raub.

"Di Lipis, seramai 79 mangsa daripada 29 keluarga telah ditempatkan di PPS SK Lubuk Kulit dan PPS Masjid Beletik.

”Manakala Temerloh pula, seramai 380 mangsa daripada 113 keluarga yang ditempatkan di PPS Seri Semantan dan di Bera.

"Seramai 25 mangsa daripada tujuh keluarga pula ditempatkan di PPS SK Seri Buntar," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Tambahnya, di Jerantut, seramai 34 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Kg Sempadan dan PPS SK Batu Balai.

Manakala di Raub pula, 19 keluarga daripada empat keluarga ditempatkan di PPS SK Ulu Tok.