KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus mencatatkan penurunan setakat 2 petang ini, dengan antara lain menyaksikan keadaan banjir di daerah Mersing, Johor kembali pulih.
Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan kesemua mangsa di daerah Mersing dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut JPBN, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 44,779 orang setakat 2 petang ini, berbanding 44,937 orang yang direkodkan pada 8 pagi dengan 12,683 keluarga masih ditempatkan di 169 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.
"Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan 39,951 orang daripada 11,169 keluarga; diikuti Muar dengan 2,534 orang (763 keluarga); Tangkak dengan 1,662 orang (597 keluarga); dan Segamat 632 orang (154 keluarga)," menurut kenyataan jawatankuasa itu.
Lapan sungai masih melepasi aras bahaya, antaranya Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) yang kini berada pada paras 19.67 meter (m); Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar (4.25m) dan Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat (3.53m).
Di PAHANG, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir di Rompin petang ini sedikit menurun kepada 170 orang yang ditempatkan di dua PPS berbanding 172 orang pagi tadi.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Jasin menurun kepada 353 orang daripada 90 keluarga pada 2 petang ini berbanding 380 orang daripada 99 keluarga pada 8 pagi tadi.
Sekretariat JPBN memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS, antaranya di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat yang melibatkan 25 mangsa daripada tujuh keluarga.
"Seramai 122 orang daripada 29 keluarga ditempatkan di SK Parit Penghulu, 29 orang daripada 13 keluarga di SK Parit Gantong, 155 orang daripada 37 keluarga di SK Batu Gajah dan 22 orang daripada empat keluarga di SK Sungai Rambai," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus mencatatkan penurunan setakat 2 petang ini, dengan antara lain menyaksikan keadaan banjir di daerah Mersing, Johor kembali pulih. - Gambar fail
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
Banjir Sabah: 474 mangsa masih berlindung di empat PPS pagi ini
Sebanyak 474 orang daripada 144 keluarga masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara yang diaktifkan di daerah terjejas banjir di Sabah, pagi ini.
Ewon beri bantuan segera RM20,000 untuk mangsa banjir di Penampang
Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick malam ini menyalurkan bantuan segera RM20,000 bagi membantu mangsa banjir di Penampang.
Mangsa banjir di Membakut meningkat kepada 100 orang
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, semua mangsa banjir telah dipindahkan ke PPS di Dewan Selagon, Beaufort.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini
Mangsa banjir di daerah Perak Tengah berkurang malam ini iaitu 130 orang daripada 44 keluarga berbanding 209 mangsa daripada 73 keluarga pagi tadi.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.