JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar ( JAS) Johor mengenal pasti pewarna pakaian dari sebuah kilang tekstil yang telah ditutup sejak 20 tahun lalu sebagai punca 'banjir merah' yang berlaku di Kampung Seri Jaya Baru, Tampoi di sini pada Khamis.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata sebaik mendapat aduan dari penduduk daripada penduduk kira-kira jam 9 pagi Khamis, sepasukan anggota JAS Johor dihantar ke kampung berkenaan.
"Hasil siasatan mendapati punca banjir kilat di Kampung Seri Jaya Baru yang berwarna merah itu daripada sebuah kilang tekstil yang terletak kurang satu kilometer dari kampung itu yang tidak beroperasi sejak tahun 2000.
"Namun hujan lebat sejak awal pagi Khamis menyebabkan dua bungkusan pewarna tekstil yang disimpan di kawasan tidak berbumbung telah pecah sebelum air banjir mengalirkannya ke kawasan kampung," katanya ketika meninjau kilang tekstil berkenaan.
Menurut beliau, JAS Johor mengeluarkan Notis Arahan Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 supaya penjaga segera melupuskan baki pewarna tekstil itu dalam tempoh 14 hari untuk pelupusan akhir di Stesen Kualiti Alam, di Bukit Nenas, Negeri Sembilan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pemilik akan diheret ke mahkamah.
"Sampel air banjir merah itu juga sudah diuji di mana ia mengandungi kepekatan nilai pH 6 iaitu hampir neutral dengan kesan toksik tidak terlalu tinggi seterusnya tidak berbahaya kepada penduduk," katanya.
Kejadian 'banjir merah' yang berlaku di Kampung Seri Jaya Baru Tampoi pada pagi Khamis itu menggemparkan penduduk selain turut tular di media sosial.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Sep 30 2021
!['Banjir merah' berpunca dari kilang tekstil 'Banjir merah' berpunca dari kilang tekstil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633040106_Bahanpewarna.jpg)
Bahan pewarna dari sebuah kilang tekstil yang sudah tidak beroperasi didakwa menjadi punca kejadian banjir merah di Kampung Seri Jaya Baru Tampoi di sini pada Khamis. (Gambar kecil: Dr Mohd Famey) - Foto Sinar Harian
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
!['Banjir merah' berpunca dari kilang tekstil 'Banjir merah' berpunca dari kilang tekstil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633040106_Bahanpewarna.jpg)
'Banjir merah' berpunca dari kilang tekstil
'Banjir merah' berpunca dari kilang tekstil
![Apabila air banjir jadi warna merah darah, orang kampung ini sudah tahu apa sebenarnya Apabila air banjir jadi warna merah darah, orang kampung ini sudah tahu apa sebenarnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612764883_banjirindonesiaai.jpg)
Apabila air banjir jadi warna merah darah, orang kampung ini sudah tahu apa sebenarnya
'Fenomena' air berwarna di sebuah perkampungan di Pekalongan, Indonesia ini bukan sesuatu yang baharu.