AYER KEROH: Anggota bomba yang nyaris lemas selepas tidak sedarkan diri dan dihanyut arus ketika membantu mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini petang tadi masih kritikal dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain, berkata mangsa Mohd Diya Che Jusoh,46, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah masih belum sedarkan diri dan sedang dirawat di Hospital Melaka.
Katanya, anggota berkenaan tergelincir sebelum ditolak arus deras ketika kerja-kerja menyelamat 14 mangsa yang terperangkap di anjung sebuah rumah.
“Pada jam kira-kira 4.30 petang, pasukan bomba menerima panggilan menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat dan pasukan BBP Melaka Tengah mendapati semua mangsa itu terperangkap di anjung sebuah rumah dalam keadaan arus sangat deras.
“Anggota penyelamat kemudian menggunakan alat pelindungan diri dan membuat penyelamatan secara ‘water crossing’ di rumah berkenaan, bagaimanapun mangsa telah tergelincir ditolak arus deras,” katanya di sini malam Rabu.
BACA: Banjir kilat Melaka: Seorang anggota bomba pengsan dihanyut arus deras
Beliau berkata, mangsa kemudian diselamatkan oleh anggota bomba yang lain serta diberikan bantuan pernafasan di lokasi kejadian.
“Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Melaka menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Melaka Tengah.
“Setakat ini anggota bomba itu tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan,” tambahnya.
Dalam kejadian banjir petang tadi, Mohd Diya dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengajak Keluarga Malaysia bersama-sama mendoakan agar anggota itu kembali pulih selepas tidak sedarkan diri akibat ditimpa kemalangan berkenaan.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Oct 20 2021

Mangsa Mohd Diya Che Jusoh,46, masih belum sedarkan diri dan sedang dirawat di Hospital Melaka. - Gambar/ JBPM

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Banjir di Alor Gajah: 248 dipindahkan ke lima PPS
APM menjangka terdapat pertambahan jumlah mangsa malam ini berikutan PPS SK Sungai Jernih masih dalam proses mendaftarkan mangsa.

Penduduk dakwa siren amaran banjir tidak bunyi
Penduduk di Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal, Melaka mendakwa siren amaran banjir tidak berbunyi ketika air sungai melimpah.

22 kawasan perumahan terjejas banjir di Melaka
Sebanyak 22 kawasan perumahan terjejas akibat banjir kilat di Melaka dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, sejak awal pagi tadi.

Kampung Morten dilanda air pasang besar
Perkampungan tradisional Melayu, Kampung Morten di sini dinaiki air apabila Sungai Melaka melimpah akibat fenomena air pasang besar, hari ini.

Banjir Melaka: Bilangan mangsa di tiga daerah menurun - JBPM
Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin semakin menurun susulan keadaan cuaca semakin baik.

Banjir Melaka: Anggota bomba nyaris lemas masih kritikal
Mangsa Mohd Diya Che Jusoh,46, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah masih belum sedarkan diri dan sedang dirawat di Hospital Melaka.

Banjir Melaka: PM ajak Keluarga Malaysia doa anggota bomba ditimpa kemalangan pulih
Dalam kejadian tersebut, Mohd Diya dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.

Banjir kilat Melaka: 36 kawasan terjejas, 3 pusat pemindahan dibuka malam ini
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Melaka selepas sekurang-kurangnya 36 kampung dan taman perumahan dilanda banjir kilat akibat hujan lebat lebih empat jam sejak tengah hari tadi.

Banjir Melaka: Dua sekolah ditutup
Dua sekolah itu ialah SK Kerubong di Melaka Tengah dan SK Belimbing Dalam di Alor Gajah.

'Sudah 4 tahun tidak tidur lena' - Mangsa banjir
Itu antara keluhan mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan selepas banjir memburuk di dua daerah di Melaka sejak pagi Ahad.