Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, PPJB Morni Mamat ketika memaklumkan perkara itu pada Rabu turut berkata lapan penumpang yang pada awalnya terperangkap dalam kenderaan terbabit juga berjaya diselamatkan.
Tiada sebarang kematian dilaporkan setakat ini katanya.
Banjir lumpur yang berlaku sekitar pukul 7 malam di KM52.4 lebuhraya itu turut menyebabkan kesesakan teruk di lebuhraya itu yang ditutup dari kedua-dua hala.
FOTO: Banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
Sementara itu Morni memaklumkan beliau sendiri terperangkap ketika sedang menuju ke tempat kejadian berikutan ada pengguna yang menggunakan laluan kecemasan.
Tambahnya lagi, pihaknya turut meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat dari Selangor dan Kuala Lumpur untuk memantau keadaan dan trafik sepanjang kerja-kerja pembersihan.