Pemaju projek pembangunan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE DUKE 3) dan South City diarah menaik taraf sistem saliran dan kolam tahanan di tapak lokasi projek tersebut.
Arahan itu dikeluarkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) susulan kejadian banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan, Isnin lalu.
"DBKL telah mengeluarkan arahan kepada pihak terlibat untuk melaksanakan perkara-perkara seperti berikut iaitu menaik taraf longkang keliling parameter sedia ada, menyelenggara kolam tahanan sedia ada untuk mengekalkan kapasiti paras air, manambah bilangan perangkap kelodak dan diselenggara dengan baik selain membersih serta menyelenggara sistem sedia ada bagi mengelak banjir," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) yang meminta kerajaan menyatakan punca banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan berhadapan bangunan Angkasapuri pada petang 30 Oktober lalu.
Jelasnya lagi, hasil siasatan pihaknya mendapati aktiviti pembangunan, halangan kepada sistem perparitan sedia ada dan hujan yang sangat lebat menjadi punca kejadian banjir kilat itu.
"Hasil daripada siasatan yang dijalankan dan kita mengenal pasti bahawa punca kejadian banjir kilat itu adalah kesan daripada aktiviti pembangunan berhampiran, halangan kepada sistem perparitan sedia ada dan hujan yang sangat lebat.
"Hujan lebat yang berlaku ini bersifat sementara yang mana intensiti hujan pada waktu kejadian adalah 1 jam 20 minit dengan kadar hujan 86.55mm. Kadar hujan lebat biasa adalah sekitar 50 ke 60mm. Jalan yang dinaiki air ini adalah di bawah kawal selia Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak konsesi adalah Lebuhraya Sprint," katanya.
Justeru tegas beliau, kementeriannya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan menghentikan projek tersebut jika mendapati pihak pemaju gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Nov 02 2017

Pemaju diarah menaik taraf sistem saliran dan kolam tahanan di tapak lokasi projek tersebut.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.

Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak
Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu.

Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.

10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.

Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.

Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.

Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.