KUALA LUMPUR: Semua infrastruktur sistem kawalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPSWPKL) telah digerakkan susulan banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara petang tadi.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tun Man berkata sistem kawalan banjir seperti rumah pam, pintu kawalan air, siren, kolam takungan dan lencongan banjir juga beroperasi dengan baik, mengikut prosedur operasi standard.
"Lencongan terowong SMART telah diaktifkan kepada Mod 2B pada 3.40 petang, Mod 2 (3.58 petang) dan seterusnya Mod 3 pada 4.44 petang," katanya pada sidang media di sini malam ini.
Beliau berkata kejadian hujan lebat berterusan yang bermula sejak 2.30 petang hari ini telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di jalan-jalan utama pusat bandar Kuala Lumpur, Jalan Batu Bata, Kampung Periuk, Kampung Pasir Baru dan Kolej Telekom.
"Hujan lebat luar biasa dalam tempoh dua jam itu menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi," katanya.
Sehubungan itu bagi mengurangkan risiko banjir kilat, Tuan Ibrahim berkata JPSWPKL sedang melaksanakan kerja pembaikan dan menaik taraf kolam takungan banjir di bandar raya ini, termasuklah Kolam Takungan Batu.
"Selain itu, dua projek mitigasi banjir iaitu projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Bunus dan projek lencongan Sungai Batu, dijangka siap menjelang Februari 2024," katanya.
Sementara itu pada sidang media sama Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Zaini Ujang berkata taburan hujan luar biasa, iaitu purata untuk hampir sebulan dalam satu hari yang melanda ibu kota hari ini, menjadi punca utama Lembah Klang mengalami banjir kilat.
Beliau berkata kebiasaannya taburan hujan tahunan di negara ini ialah sebanyak 2,500 milimeter (mm) dan purata untuk setiap bulan ialah 208 mm.
"Namun taburan hujan yang turun pada hari ini seperti yang direkodkan di Stesen Taman Desa SMART, Kuala Lumpur ialah 106.5 mm dan Stesen Air Panas, Kuala Lumpur dengan bacaan 155 mm.
"Untuk dua jam sahaja, taburan hujan lebih daripada setengah purata bulanan. Bila air terlalu banyak dalam tempoh singkat, ia tidak sempat untuk masuk ke dalam longkang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
![Banjir kilat Lembah Klang: Infrastruktur kawalan banjir digerakkan - KASA Banjir kilat Lembah Klang: Infrastruktur kawalan banjir digerakkan - KASA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646672001_KLBanjirKilat.jpg)
Taburan hujan luar biasa, iaitu purata untuk hampir sebulan dalam satu hari yang melanda ibu kota hari ini, menjadi punca utama Lembah Klang mengalami banjir kilat. - Gambar/ Astro AWANI
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Operasi pembersihan, selenggara perparitan besar-besaran di Johor Operasi pembersihan, selenggara perparitan besar-besaran di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719897279_BencanaBanjirJoh.jpg)
Operasi pembersihan, selenggara perparitan besar-besaran di Johor
Johor telah menggerakkan operasi pembersihan dan penyelenggaraan longkang serta parit secara besar-besaran bagi mengatasi isu banjir kilat di negeri itu.
![Banjir kilat: Beberapa jalan utama di Sabah tidak boleh dilalui Banjir kilat: Beberapa jalan utama di Sabah tidak boleh dilalui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719790576_BanjirSabah.jpg)
Banjir kilat: Beberapa jalan utama di Sabah tidak boleh dilalui
Selain banjir kilat, terdapat juga kejadian cerun runtuh di Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom sekitar Kampung Timpoluon.
![Penampang, Sipitang dilanda banjir kilat Penampang, Sipitang dilanda banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719746593_Sabahbanjir.jpg)
Penampang, Sipitang dilanda banjir kilat
Daerah Penampang dan Sipitang di negeri ini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak, petang tadi.
![Tanah runtuh di Gunung Kinabalu Tanah runtuh di Gunung Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719207321_TanahruntuhGunung.jpg)
Tanah runtuh di Gunung Kinabalu
Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 pagi namun tidak melibatkan sebarang mangsa.
![Banjir kilat, pokok tumbang di Seremban, Port Dickson Banjir kilat, pokok tumbang di Seremban, Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718870920_tbbanjirseremban.jpg)
Banjir kilat, pokok tumbang di Seremban, Port Dickson
Beberapa kawasan di Seremban dan Port Dickson mengalami banjir kilat dan pokok tumbang susulan hujan lebat dan ribut pagi tadi.
![Hujan lebat: Dua daerah di Perak dilanda banjir kilat Hujan lebat: Dua daerah di Perak dilanda banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714833569_KotaTinggiBanjir.jpg)
Hujan lebat: Dua daerah di Perak dilanda banjir kilat
Banjir kilat itu turut menyebabkan beberapa buah rumah terjejas teruk dan dinaiki air.
![Malaysia tumpukan penerapan PISMA bangunkan bandar tahan bencana Malaysia tumpukan penerapan PISMA bangunkan bandar tahan bencana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717404796_WCS.jpg)
Malaysia tumpukan penerapan PISMA bangunkan bandar tahan bencana
KKR akan menekankan penerapan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk menangani isu di kawasan bandar yang sering dilanda banjir.
![Pokok tumbang punca jalan sesak menuju Bulatan Pahang Pokok tumbang punca jalan sesak menuju Bulatan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717234573_Pokoktumbang.jpg)
Pokok tumbang punca jalan sesak menuju Bulatan Pahang
Kejadian pokok tumbang berhampiran Bulatan Pahang menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu kilometer menghala ke bulatan itu.
![Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708248058_banjir.jpg)
Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini
Mangsa banjir di daerah Perak Tengah berkurang malam ini iaitu 130 orang daripada 44 keluarga berbanding 209 mangsa daripada 73 keluarga pagi tadi.
![Banjir kilat: 209 mangsa dari 73 keluarga dipindahkan ke PPS di Perak Tengah Banjir kilat: 209 mangsa dari 73 keluarga dipindahkan ke PPS di Perak Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716427140_BanjirKilat.jpg)
Banjir kilat: 209 mangsa dari 73 keluarga dipindahkan ke PPS di Perak Tengah
Kesemua mereka dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 3, Parit yang dibuka jam 9 malam.