SHAH ALAM: Hampir 300 mangsa banjir daripada 56 buah keluarga telah dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8.45 malam, berikutan hujan lebat di sekitar Selangor sejak petang tadi.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dalam ciapannya di Twitter memaklumkan lapan PPS berkenaan adalah Dewan Camelia Seksyen 10 Putra Height, SK Puchong Indah, Dewan Batu 3, Dewan Kampung Seri Aman, Dewan Puchong Jaya, Dewan MPS Kampung Melayu Sri Kundang, Dewan PJS 2C/6 dan Dewan PJS 1/35.
"Skuad Pantas Majlis Bandaraya Subang Jaya telah digerakkan ke Kampung Tengah, Kampung Baru Seri Kembangan, Taman Kinrara 1, Taman Kinrara 4 dan Puncak Jalil 8 di Seri Kembangan untuk membantu," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis dalam satu kenyataan berkata paras air kini semakin menurun di beberapa kawasan yang terjejas banjir di negeri ini.
Beliau berkata antara kawasan yang terkesan termasuk Kampung Gombak, Kampung Melayu Kundang dan Kampung Melayu Sungai Serai di Batu Arang; Bandar Baru Sungai Buloh, Kampung Melayu, Sungai Buloh dan Kampung Gombak Kuang, Rawang yang menjejaskan lebih 50 buah rumah.
Selain itu katanya, banjir turut melanda di Daerah Klang melibatkan kawasan di Persiaran Hamzah Alang, Pekan Kapar, Jalan Teratai, Taman Meru Daya, Jalan Sesenduk Meru, Jalan Cempaka dan Jalan Paip.
Menurutnya hujan lebat menyebabkan air naik sehingga ke paras betis dan memasuki rumah penduduk di sekitar kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
![Banjir kilat Lembah Klang: Hampir 300 mangsa di Selangor dipindah ke lapan PPS - MB Banjir kilat Lembah Klang: Hampir 300 mangsa di Selangor dipindah ke lapan PPS - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646666011_BanjirKotaMarudu.jpg)
Lapan PPS berkenaan adalah Dewan Camelia Seksyen 10 Putra Height, SK Puchong Indah, Dewan Batu 3, Dewan Kampung Seri Aman, Dewan Puchong Jaya, Dewan MPS Kampung Melayu Sri Kundang, Dewan PJS 2C/6 dan Dewan PJS 1/35. - Gambar fail
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Shahidan, Mahadi tinjau kawasan dilanda banjir di Lembah Klang Shahidan, Mahadi tinjau kawasan dilanda banjir di Lembah Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646658824_ShahidanKassim.jpg)
Shahidan, Mahadi tinjau kawasan dilanda banjir di Lembah Klang
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim meluangkan masa meninjau keadaan di kawasan terjejas banjir kilat pada petang Isnin.
!['Kereta saya lenyap dek banjir': Rintihan warga kota susulan banjir kilat Lembah Klang 'Kereta saya lenyap dek banjir': Rintihan warga kota susulan banjir kilat Lembah Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646652470_KLBanjirKilat.jpg)
'Kereta saya lenyap dek banjir': Rintihan warga kota susulan banjir kilat Lembah Klang
Banjir kilat yang melanda 23 kawasan di ibu negara mengakibatkan ribuan kenderaan tersadai malah ada yang ditenggelam susulan paras air meningkat secara mendadak.
![[TERKINI] Enam kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat [TERKINI] Enam kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646643055_banjir.jpg)
[TERKINI] Enam kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat
Sebanyak enam kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat pada petang Isnin.