KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim meluangkan masa meninjau keadaan di kawasan terjejas banjir kilat pada petang Isnin.
Dalam ciapan di Twitter Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Shahidan ditemani Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah memantau kawasan yang dinaiki air di underpass di Jalan Tun Razak, di ibu negara.
Anggota Warden Trafik DBKL turut berada di kawasan terbabit bagi membantu mengawal kesesakan lalu lintas.
Banjir kilat yang mula melanda ibu negara sekitar jam 5 petang tadi menjejaskan sekurang-kurangnya 23 kawasan dan menyebabkan ribuan kenderaan terjejas akibat ditenggelami air.
BACA: Banjir kilat Lembah Klang: Lebih 20 kawasan dinaiki air, PPS dibuka di Dewan Sultan Sulaiman
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di laman Facebook rasminya memaklumkan setakat 7 malam, sebuah Pusat Pemindahan Banjir telah dibuka di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru bagi menempatkan penduduk Kampung Periuk.
Jumlah mangsa banjir dipindahkan setakat jam 6 petang adalah seramai 74 orang.
Sehingga kini, belum dapat dipastikan jumlah kenderaan yang rosak akibat kejadian itu.
Dalam pada itu, beberapa kawasan kediaman di sekitar ibu negara turut dinaiki air.
Turut dibuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kelab Sultan Sulaiman pada petang Ahad.
Fareez Azman
Mon Mar 07 2022

Banjir kilat yang mula melanda ibu negara sekitar jam 5 petang tadi menjejaskan sekurang-kurangnya 23 kawasan dan menyebabkan ribuan kenderaan terjejas akibat ditenggelami air. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Shahidan, Mahadi tinjau kawasan dilanda banjir di Lembah Klang
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim meluangkan masa meninjau keadaan di kawasan terjejas banjir kilat pada petang Isnin.

'Kereta saya lenyap dek banjir': Rintihan warga kota susulan banjir kilat Lembah Klang
Banjir kilat yang melanda 23 kawasan di ibu negara mengakibatkan ribuan kenderaan tersadai malah ada yang ditenggelam susulan paras air meningkat secara mendadak.
![[TERKINI] Enam kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat [TERKINI] Enam kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646643055_banjir.jpg)
[TERKINI] Enam kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat
Sebanyak enam kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat pada petang Isnin.