KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Johor, Pahang dan Melaka menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa berkurangan malam ini berbanding petang tadi.
Di JOHOR, kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa pada 8 malam ini menurun kepada 43,856 orang berbanding 44,780 orang pada 2 petang tadi susulan penutupan lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, Mersing dan Tangkak.
"PPS ditutup di Segamat adalah Dewan Serbaguna Paya Pulai, Taman Suria Buloh Kasap dan Dewan Balai Raya Kampung Bukit Tunggal. Di Mersing membabitkan PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Ching manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kassan di Tangkak," menurut JPBN.
Menurut kenyataan itu, PPS yang dibuka pada masa ini adalah sebanyak 174 melibatkan enam daerah berbanding 179 pada 2 petang tadi.
Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 36,508 orang, diikuti Muar dengan 3,791 orang dan Tangkak 2,175 orang.
Di PAHANG, aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan jumlah mangsa banjir di Rompin semakin menurun malam ini dengan 1,804 orang ditempatkan di 12 PPS berbanding 2,122 orang di 15 PPS petang tadi.
Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan Sungai Keratong di Rompin masih melebihi paras bahaya namun dengan trend menurun.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Jasin berkurangan kepada 484 orang daripada 126 keluarga pada 8 malam ini berbanding 523 orang daripada 141 keluarga pada 2 petang tadi.
Sekretariat JPBN Melaka dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mangsa terjejas ditempatkan di lima PPS iaitu di SK Batu Gajah membabitkan 179 orang daripada 45 keluarga.
"Sebanyak 138 orang daripada 33 keluarga pula ditempatkan di SK Parit Penghulu manakala 25 orang daripada tujuh keluarga berlindung di SK Seri Mendapat.
"Di SK Sungai Rambai pula, mangsa terjejas adalah 85 orang daripada 19 keluarga sementara 57 mangsa daripada 22 keluarga pula berada di SK Parit Gantong," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
Situasi banjir di Johor, Pahang dan Melaka menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa berkurangan malam ini berbanding petang tadi. - Gambar fail/APM
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Disember 2024
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
Jepun longgar peraturan visa pelancong China
Langkah itu diambil susulan tindakan China pada akhir November untuk menyambung semula pengecualian visa bagi pelawat Jepun jangka pendek.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Tidak pernah wujud kaedah 'pintu belakang' kemasukan pelajar ke universiti awam
Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menegaskan bahawa kaedah ‘pintu belakang’ sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana universiti awam di Malaysia.
Hakisan pantai: Terengganu berisiko menjadi semakin 'kecil'
Terengganu berisiko menjadi semakin 'kecil' akibat hakisan pantai yang semakin kritikal, khasnya apabila monsun timur laut tiba.
Senarai calon Jawatankuasa Eksekutif FAM diketahui hujung Jan
Senarai calon yang akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029 pada kongres badan induk itu yang dijadual berlangsung 15 Feb depan akan diketahui selewat-lewatnya hujung Januari ini.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata FAM sudah meng-e-melkan notis kongres dan borang pencalonan dengan tarikh tutup pada 16 Jan kepada kesemua ahli gabungannya semalam.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata FAM sudah meng-e-melkan notis kongres dan borang pencalonan dengan tarikh tutup pada 16 Jan kepada kesemua ahli gabungannya semalam.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini
Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.
Banjir: 40 mangsa masih berada di PPS Johor, Pahang
Jumlah mangsa di Johor kekal 36 orang daripada 11 keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.