JOHOR BAHRU: Bilangan mangsa banjir di Johor terus meningkat dengan seramai 1,703 mangsa daripada 469 keluarga ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah terjejas.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Azmi Rohani, dua PPS baharu dibuka di Segamat dan Kluang sehingga jam 8 malam ini.
Katanya Segamat kekal menjadi daerah teruk terjejas dengan lapan PPS dibuka yang menempatkan 1,229 mangsa daripada 345 keluarga.
"Terdapat enam PPS di Kluang yang menempatkan 300 mangsa daripada 84 keluarga, manakala di Kota Tinggi, dua PPS dibuka menempatkan 174 mangsa daripada 40 keluarga," katanya.
Dalam pada itu Azmi memaklumkan, tiga jalan utama di Johor membabitkan tiga daerah yang dilanda banjir iaitu Segamat, Mersing dan Kota Tinggi terputus hubungan dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.
Katanya jalan yang dinaiki air ialah Jalan Ladang Siang J223 di Kota Tinggi; Jalan Senai - Gemas FT001 di Segamat; dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung J516 di Segamat.
"Ketiga-tiga jalan ini ditenggelami banjir dan tidak boleh dilalui oleh sebarang kenderaan termasuk kenderaan berat.
"Di Mersing pula, jalan terputus hubungan membabitkan jalan Jalan Utama Johor Bahru-Endau FT003 yang dibuka satu lorong sahaja.
"Manakala Jalan Jemaluang -Batu Pahat FT050 hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja, dan ditutup kepada kenderaan ringan," katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Jan 24 2023
![Banjir Johor: Jumlah mangsa terus meningkat, 3 jalan utama terputus hubungan Banjir Johor: Jumlah mangsa terus meningkat, 3 jalan utama terputus hubungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674565628_banjirjohorjalan.jpg)
Jalan yang dinaiki air ialah Jalan Ladang Siang J223 di Kota Tinggi; Jalan Senai - Gemas FT001 di Segamat; dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung J516 di Segamat. - Gambar/ JKR
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736743048_tbbanjir.jpg)
Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.
![Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu - MB Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736676303_Gelombangkedua.jpg)
Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu - MB
Gelombang kedua banjir yang melanda Johor dijangka berlarutan hingga Sabtu depan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
![Banjir Johor: Angka mangsa terjejas terus meningkat di 4 daerah Banjir Johor: Angka mangsa terjejas terus meningkat di 4 daerah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736578718_BanjirdisekitarTa.jpg)
Banjir Johor: Angka mangsa terjejas terus meningkat di 4 daerah
Mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,266 orang daripada 392 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah terjejas, setakat jam 1 tengah hari Sabtu.
![Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736571455_banjir.jpg)
Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan
Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.
![Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728445268_tbbanjir.jpg)
Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah
Misri Salamon, 63, berkata meskipun banjir sudah memasuki hari keempat, namun air yang naik hingga paras pinggang di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Linau masih belum surut.
![Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705903615_banjir.jpg)
Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.
![Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705304888_banjir.jpg)
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
![Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705290448_banjir.jpg)
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
![Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705216240_TBPASCABANJIRKOTATIN.jpg)
Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.
![1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma 1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705214344_banjir.jpg)
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.