HULU LANGAT: Datangnya berseorangan dan bersahaja, tersenyum sambil menyapa mesra sekumpulan mangsa banjir yang sedang bertungkus-lumus membersihkan rumah.
Sambil dia berjalan melihat kawasan di sekeliling lokasi banjir di sini, dia bertanya apa bantuan yang diperlukan penduduk setempat.
Peralatan yang dihulurkan oleh individu yang hanya dikenali sebagai ‘Farouk’ itu kebanyakannya baharu dibeli - penyembur air jet, penyodok pasir serta but kuning persis karakter ‘Phua Chu Kang’.
"Farouk" datang dari mana tidak diketahui.
Apabila ditanya, "Farouk" menjawab yang dia bergerak secara individu dan bukan dari mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) atau badan sukarelawan.
Itu antara pengalaman yang dikongsi seorang mangsa banjir di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat di sini, Siti Nabila Abd Jalal, 29, ketika ditemui Astro AWANI di sini pada Rabu.
Banjir yang melanda lapan negeri pada musim monsun timur laut tahun ini, menyaksikan lebih 41,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), dengan Selangor menjadi negeri paling teruk terjejas sehingga sesetengah kawasan boleh diibaratkan seperti dilanda tsunami.
Gambar-gambar yang dikongsikan netizen di media sosial memaparkan banyak 'kemusnahan' dengan kenderaan ditenggelami air, dan tidak kurang juga beberapa rumah dihanyutkan iaitu di Hulu Langat dan Kampung Bandar Tinggi, Kuala Klawang Negeri Sembilan.
Siti Nabila terus berkongsi pemerhatiannya ke atas insan yang bernama Farouk ini dengan penuh rasa rendah diri.
“Dia melihat sekeliling rumah kami yang penuh dengan pasir dan selut dari limpahan sungai sebelum dia pergi mencari jentolak dan membayar upah kepada pemandu jentolak untuk membersihkan pasir yang cukup tebal.
“Bila kami bertanya kenapa datang untuk menolong? Farouk bersahaja menjawab dia begitu tersentuh dengan keadaan di Kampung Jawa, Kampung Sungai Lui antara yang teruk kena dengan banjir kali ini,” kata Siti Nabila.
Kawasan ini cukup terkenal sebagai destinasi bagi mereka yang gemarkan aktiviti mendaki, apatah lagi kawasan Hulu Langat ini begitu strategik dan penuh dengan laluan bukit dan gunung untuk sampai ke beberapa air terjun yang sering pendaki-pendaki gambarkan sebagai ‘majestic’.
Antaranya Air Terjun Sungai Lepoh, Air Terjun Perdik, dan Air Terjun Jeram Perlus.
Namun, kali ini keindahan gunung dan hutan di kampung berkenaan "dikejutkan" dengan banjir deras di luar jangkaan mencapai sehingga paras dua meter.
Kampung Sungai Lui, Kampung Jawa, Taman Seri Nanding dan kawasan lain di sekitar Hulu Langat, antara kawasan yang terjejas teruk mengakibatkan majoriti penduduk di situ terpaksa memanjat ke bumbung rumah kerana paras air tinggi dan diluar jangkaan.
“Saya dan keluarga terpaksa memanjat ke ruang di antara siling dan atap kerana air yang merempuh, mengakibatkan dinding terkopak.
“Rumah makcik sebelah yang hanya tinggal struktur tangga batu sahaja (dan baru-baru ini viral) ... rumah itu telah dihanyutkan arus deras dan melanggar rumah kami,” katanya lagi.
Awalnya, Siti Nabila enggan menceritakan kembali peristiwa yang berlaku pada Ahad lepas itu, kerana terlampau trauma.
Namun, berbekalkan kudrat yang ada dia masih mampu memperincikan kejadian yang terjadi dan langkah pasca banjir kelak.
Hidup perlu diteruskan, katanya. Rasa syukur tidak terhingga itu ada kerana hanya harta benda yang dihanyutkan, bukan nyawa dirinya dan keluarga tercinta.
Katanya, dengan wujudnya sukarelawan yang hadir persis hero tidak didendangkan seperti individu bernama Farouk itu, Siti Nabila merasakan dirinya perlu terus bersyukur dan lebih cekal meneruskan kehidupan.
“Macam rumah arwah nenek ini, dah kira total loss. Harapnya, kalau ada pengurusan bencana datang, mereka perlu buat penilaian menyeluruh dan beri bantuan yang sewajarnya,” tambahnya.
Firdaus Azil
Wed Dec 22 2021
Rumah keluarga yang hanya tinggal struktur seperti yang digambarkan dalam gambar ini. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Banjir: Polis cadang tempatkan lima bot bagi setiap IPD
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang menempatkan lima bot bagi setiap 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara sebagai tindak balas segera sekiranya berlaku bencana banjir.
UMNO cadang sidang khas Parlimen mengenai banjir
Sidang khas Dewan Rakyat mengenai banjir perlu diadakan bagi membolehkan wakil rakyat mengutarakan pandangan dan melontarkan cadangan untuk membantu kerajaan mencari jalan terbaik menghadapi bencana.
Banjir: Ibu bapa buntu kelengkapan sekolah anak musnah
Perasaan lega ibu bapa di Kota Marudu yang membuat persiapan awal dalam menyediakan kelengkapan anak bagi sesi baharu persekolahan yang bermula 10 Jan depan bertukar buntu setelah semuanya rosak.
"Belum tiba masa bincang rombakan Kabinet" - PM
Perdana Menteri berkata, fokus pada ketika ini seharusnya tertumpu kepada bencana banjir dan pandemik COVID-19.
Tarikh PAU 2021 diputuskan pada 12 Januari
Tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 12 Januari ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir seluruh negara perlu disegerakan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir seluruh negara disegerakan.
Belum hilang penat, penduduk Raub diuji banjir gelombang kedua
Belum pun hilang penat membersihkan rumah daripada kesan banjir, penduduk Kampung Ulu Sungai di Raub, diuji sekali lagi dengan gelombang kedua banjir pada hari pertama tahun baharu.
Jumlah mangsa banjir di empat negeri terus berkurangan, Melaka kekal
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan terus mencatatkan penurunan dengan beberapa lagi pusat pemindahan sementara ditutup, dan di Melaka kekal dengan jumlah sama.
"Hanya ingat mati ... empat jam saya junjung bayi dalam kotak" - Mangsa banjir
Terperangkap dalam rumah bersama bayi berusia enam bulan, ibu ini terpaksa apungkan bayinya dalam kotak selama empat jam.
Minggu yang sedih ... letih buat mangsa banjir
Berbekalkan kudrat dan semangat yang masih berbaki, mangsa banjir di Kampung Tengah, Puchong terus tabah menempuhi liku-liku kehidupan pascabanjir.