Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Semangat gotong-royong dalam suasana kekeluargaan dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, menjadi ‘resipi’ bagi menghilangkan tekanan ketika menghuni pusat berkenaan.
Walaupun sedih kerana terpaksa meninggalkan kediaman dan menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda, namun usaha diteruskan dalam memberikan keselesaan terutama kepada warga emas dan kanak kanak.
Selain penghuni PPS, penduduk yang terselamat daripada bencana banjir juga membantu terutama dalam penyediaan makanan dan pengurusan kebersihan pusat berkenaan.
“Kami ni memang dah macam jadi adatlah. Penduduk di sini, kalau ada apa-apa kesusahan ataupun musibah, kami sama-sama tolong. Sekampung akan membantu, ataupun masak-masak. Semua bekerjasama walau apa keadaan sekalipun. Walaupun rumah ditenggelami banjir,” ujar seorang suri rumah, Hasliza Ismail.
Antara kerja yang cekap dijalankan kumpulan itu adalah penyediaan makanan untuk dikongsi bersama mangsa banjir di PPS tersebut.
Menurut seorang lagi suri rumah, Zaiton Abas, semua yang terlibat menjalankan peranan masing-masing dengan ikhlas.
“Sebab semuanya duduk kat Kampung Pasir Raja kan, semuanya anak beranak. Jadi, biasanya, yang duduk tempat tinggi tu akan datang tolong masak,” ujarnya.
Sementara itu, seorang pengusaha kantin, Tengku Maimun Tengku Ismail pula berkata, keletihan bukan satu alasan untuk tidak bersama-sama menghulurkan bantuan.
“Memang letih, tapi suka. Sebab kita hobi suka masak. Kawan-kawan pun dah buat semua menolong, kita jadi sukalah sebab bukan ada bayaran apa-apa, kita kira sukarela.
“Dengan (keadaan) rumah dah tenggelam. Tapi nak buat macam mana, sebab kita dah biasa, maka kena la tolong-menolong,” ujarnya.
Bagi mereka, kesedihan dapat dilupakan seketika apabila berkumpul dan saling membantu dalam suasana ceria sebagai sebuah keluarga besar.
PPS Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun menempatkan 98 mangsa dari 30 buah keluarga.
Dungun merekodkan 403 mangsa banjir dari 108 buah keluarga yang ditempatkan di 10 PPS di daerah berkenaan.
Astro Awani
Tue Dec 03 2019

Penghuni PPS Kampung Pasir Raja bergotong-royong dalam penyediaan makanan untuk dikongsi bersama. - Astro AWANI

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

100 sukarelawan YBR gotong-royong bersihkan Zoo Melaka
Aktiviti kesukarelawanan itu juga melibatkan pembersihan kandang dan pemberian makan kepada haiwan dan membaik pulih taman permainan.

Ahli Majlis digesa turun padang, aktifkan program banteras denggi
Ahli majlis yang dilantik PBT digesa agar aktif melakukan pemantauan dan kerja gotong-royong dalam komuniti mereka dalam usaha mengawal penularan wabak denggi.

Peneroka pulihkan kolam terbiar, jana pendapatan sampingan
Program berkenaan membabitkan peneroka berusia antara 30 hingga 55 tahun yang menjalankan kerja pembersihan kawasan secara gotong-royong.

COVID-19: Penduduk Kuala Sanglang lakukan sanitasi rumah ke rumah
Gotong-royong itu dilakukan bagi memastikan kawasan berkenaan bebas daripada sebarang ancaman penularan pandemik COVID-19.

COVID-19: Gotong-royong bina semula sektor pelancongan
Orang ramai disaran bergotong-royong dalam membina semula industri pelancongan negara.

Gotong-royong memasak dilarang di pusat pemindahan sementara ketika banjir
Aktiviti memasak secara gotong-royong adalah dilarang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika bencana banjir bagi mengelak penularan COVID-19.

Gotong-royong di Pulau Kapas, elak lambakan sampah musim tengkujuh
Meskipun tiada pelancong seperti mana ketika bulan lain tetapi angin dan ombak kuat menghayutkan macam-macam sampah.

Banjir eratkan hubungan, geng 'makcik bawang sebenar' berganding bahu bergotong-royong
Walaupun sedih meninggalkan kediaman dan menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda, mereka tetap bekerjasama meringankan beban.

Kutip 5,425 puntung rokok dalam masa 45 minit
Menerusi program tersebut pelajar didedahkan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.