Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di daerah Larut Matang Selama malam tadi menjadikan pertambahan sehingga kini empat PPS dibuka setakat 10 pagi ini.
Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak, PPS terbaharu yang dibuka ialah di Dewan Orang Ramai Kampung Matang Gelugor susulan paras air banjir memasuki kediaman mangsa di Kampung Matang Pasir di daerah itu.
Kenyataan itu menyebut, bilangan mangsa banjir meningkat kepada 300 orang merangkumi 86 keluarga yang ditempatkan di empat PPS di tiga daerah - Larut Matang Selama, Kampar dan Hilir Perak, berbanding 221 mangsa daripada 68 keluarga semalam.
Pertambahan membabitkan keseluruhan 79 orang daripada 18 keluarga.
"Di Larut Matang Selama, selain PPS Dewan Orang Ramai Kampung Matang Gelugor yang dibuka hari ini untuk keselesaan mangsa, satu lagi PPS yang masih beroperasi sejak semalam ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temerlok, Trong susulan paras air sungai berhampiran naik ekoran hujan berterusan sejak dua hari lalu.
"Mangsa banjir di Larut Matang Selama kekal 47 orang (14 keluarga) yang dipindahkan dari empat buah kampung iaitu Kampung Temerlok, Kampung Tengah, Kampung Tebok dan Kampung Matang Pasir," katanya.
Bilangan mangsa banjir di Kampar juga kekal 46 orang (14 keluarga) dari dua buah kampung iaitu Kampung Tebing Tinggi dan Kampung Pulau Pisang, ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tebing Tinggi.
Sementara itu, Hilir Perak mencatatkan pertambahan paling ramai mangsa banjir daripada 128 mangsa (37 keluarga) malam tadi kepada 227 orang (58 keluarga) dari Kampung Batu 9 dan ditempatkan di PPS di SK Changkat Jong yang dibuka pagi semalam setelah air Sungai Bidor melimpah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 25 2018
Hilir Perak mencatatkan pertambahan paling ramai mangsa banjir daripada 128 malam tadi kepada 227 orang pagi ini. - Gambar hiasan
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.
Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air
Hampir kesemua fasiliti di kawasan ini terjejas teruk akibat banjir dan menyukarkan pasukan petugas untuk keluar memberikan bantuan.