BUKIT MERTAJAM: Beberapa kawasan di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) di negeri ini mengalami banjir kilat semalam selepas hujan lebat sejak pukul 5 petang semalam.
Kawasan di sekitar SPT yang terjejas akibat banjir kilat itu ialah Alma, Bukit Mertajam, Machang Bubok, Desa Damai dan Taman Impian manakala di SPS pula ialah Ladang Valdor,Taman Pekaka serta Jawi.
Ketua Polis Daerah SPT ACP Tan Cheng San berkata sehingga pukul 9 malam tadi, satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) True Light, Perkampungan Juru di sini bagi menempatkan mangsa banjir.
"Ketika ini pihak berkuasa terlibat sedang memindahkan mangsa-mangsa banjir yang terlibat ke PPS itu dan jumlah sebenar mereka yang dipindahkan masih belum dapat diketahui," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
SEGALA MAKLUMAT BERKAITAN BANJIR DI SINI
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Pulau Pinang Saadon Mokhtar ketika dihubungi berkata pihaknya setakat ini menerima aduan berhubung banjit kilat di dua daerah itu.
"Sehingga pukul 8.30 malam ini banjir kilat masih lagi melanda kawasan-kawasan terlibat dan pihak bomba mengambil tindakan segera iaitu membuat pemantauan di kawasan yang dilanda banjit kilat bagi memastikan paras air tidak berbahaya. Kami juga sentiasa dalam keadaan bersiap sedia jika keadaan semakin teruk," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata berdasarkan maklumat yang diterimanya, sehingga pukul 8.30 malam sekurang-kurangnya 23 kawasan terutama taman perumahan sekitar SPT dilanda banjir kilat.
Menurutnya kawasan yang terjejas antaranya ialah Taman Tenang Berapit, Taman Seri Janggus Machang Bubok, Desa Damai, Kampung Baru Alma,Taman Impian, Taman Sukun, Taman Mangga, Taman Sentul Kampung Dock dan Taman Sejahtera.
"Kerajaan negeri bersama pihak berkuasa sedang memantau situasi banjir kilat itu dan sekiranya hujan masih lebat sehingga jam 9 malam, tindakan susulan akan diambil segera kerana bimbang banjir menjadi semakin teruk," katanya sehingga 8.30 malam tadi beberapa kawasan masih lagi hujan.
JPS, dalam kenyataan semalam memaklumkan kawasan yang mungkin terjejas di Pulau Pinang adalah di kawasan Seberang Perai Utara, SPT dan SPS.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2022
Beberapa kenderaan meredah Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam yang dinaiki air akibat banjir kilat selepas hujan lebat sejak jam 5 petang semalam. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.