Keadaan banjir di Pontian pulih sepenuhnya selepas kesemua 159 mangsa daripada 36 keluarga yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS), dibenarkan pulang ke rumah masing-masing lewat petang Jumaat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata mereka semuanya merupakan penduduk dari Kampung Melayu Batu 30 Bukit Panjang, Kampung Maju Jaya dan Kampung Paya Embun yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bukit Panjang dan SK Kampung Parit Haji Adnan.
"Mereka dibenarkan pulang kerana keadaan banjir di kampung mereka sudah pun pulih dan rumah selamat untuk didiami," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.
Beliau berkata berikutan perkembangan itu, dua PPS terbabit telah pun ditutup pada pukul 5 petang tadi.
Sementara itu, mengenai keadaan banjir di Batu Pahat, Tan memberitahu masih terdapat 16 mangsa daripada tiga keluarga mendapat perlindungan di PPS SK Sungai Kajang dan 39 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di SK Sri Binjai.
Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan semua PPS itu ditutup esok namun bergantung kepada keadaan cuaca.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 25 2019

Penduduk Kampung Melayu Batu 30 Bukit Panjang mula berpindah ekoran banjir yang melanda kawasan itu pada 23 Okt lalu. - Foto BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Banjir Johor: Jumlah mangsa bertambah, satu lagi PPS dibuka di Pontian
Jumlah mangsa banjir di Johor dilaporkan meningkat hari ini dengan satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Pontian.

Banjir di Pontian surut sepenuhnya, PPS terakhir ditutup
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir di Daerah Pontian ditutup petang tadi, setelah banjir surut sepenuhnya.

Banjir Pontian: 19 orang masih di PPS petang ini
Seramai 19 orang daripada empat keluarga terjejas banjir di Pontian masih berada di satu pusat pemindahan sementara (PPS) petang ini berbanding 51 orang daripada 11 keluarga pagi tadi.

Banjir di Pontian pulih sepenuhnya
Keadaan banjir di Pontian pulih sepenuhnya selepas kesemua 159 mangsa daripada 36 keluarga yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS), dibenarkan pulang.