KUALA LUMPUR:Keadaan banjir di pantai Timur bertambah buruk petang ini berikutan hujan lebat dan peningkatan paras air sungai sekali gus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri-negeri berkenaan.
Di KELANTAN, situasi banjir semakin memburuk melibatkan lima jajahan dengan jumlah mangsa dipindahkan ke PPS seramai 2,142 orang daripada 567 keluarga setakat petang ini, berbanding 125 mangsa, pagi tadi.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jajahan Jeli mencatat jumlah penduduk yang terjejas teruk dengan seramai 1,060 keluarga daripada 296 keluarga ditempatkan di 10 PPS.
Di Kuala Krai, 18 PPS diaktifkan bagi menempatkan 643 mangsa daripada 144 keluarga; Tanah Merah (352 mangsa daripada 98 keluarga di 11 PPS); Gua Musang (54 mangsa daripada 13 keluarga di empat PPS) dan di Pasir Mas membabitkan 33 mangsa daripada 16 keluarga dipindahkan ke dua PPS.
Dalam pada itu, menurut infobanjir.water.gov.my, setakat petang ini enam sungai di negeri ini merekodkan bacaan melepasi paras bahaya (PB) iaitu Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang 60.13 meter (m) (PB 59.00 m); Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai 35.58 m (PB 35.00 m); Sungai Kelantan di Kuala Krai 26.65 m (PB 25.00 m); Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah 16.70 m (PB 16.00 m); Sungai Golok di Jenob 24.24 (PB 23.50 m); dan Sungai Galas di Dabong 39.26 m (PB 38.00 m).
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran dijangka berlaku banjir di jajahan Kuala Krai hari ini mulai 12 tengah hari melibatkan lembangan Sungai Galas iaitu di kawasan Pekan Dabong, Pengkalan Bot Kampung Bahagia dan kawasan sekitarnya.
Mulai petang ini juga banjir diramal berlaku melibatkan Sungai Nal, Sungai Durian dan Sungai Pahi di kawasan Kampung Bedal; Kampung Sireh; Taman Warisan; Kampung Kuala Pertang; Kampung Ngagoh; Kampung Pahi dan Kampung Aur Duri; Kampung Guchil; Kampung Jirat; Kampung Gatal; Kampung Batu Mengkebang; Kampung Keroh; Kampung Batu Jong dan kawasan sekitarnya.
Di Gua Musang, banjir diramal berlaku mulai petang ini melibatkan Kampung Limau Kasturi dan kawasan sekitarnya.
Setakat ini, dua jalan utama ditutup kepada semua jenis kenderaan melibatkan Jajahan Jeli iaitu Jalan Jeli-Dabong (Kampung Reka) dengan kenaikan air sedalam satu meter dan Jalan Jeli-Dabong di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Balah yang dinaiki air setinggi satu meter.
Situasi sama turut berlaku di TERENGGANU dan Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan jumlah mangsa terus meningkat kepada 910 orang setakat 3 petang ini berbanding 267 orang pada 8 pagi tadi.
Bernama
Wed Jan 06 2021
Jumlah mangsa di Terengganu terus meningkat kepada 910 orang setakat 3 petang berbanding 267 orang pada 8 pagi tadi. - Gambar/ Bernama
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Belanjawan 2025: Peruntukan hal ehwal Islam RM2 bilion, ini antara pengumuman PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2025 memberi perhatian kepada syiar Islam di Malaysia.
Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Belanjawan 2025: Komuniti India tidak terpinggir - Ramanan
Belanjawan 2025 jelas membuktikan bahawa komuniti India tidak dipinggirkan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R. Ramanan.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Belanjawan 2025: RM750 juta kepada PBT, JPS, NADMA untuk persiapan banjir
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Air pasang besar: 20 mangsa banjir berpindah ke PPS
Kesemua mangsa termasuk dua warga emas dan seorang kanak-kanak ditempatkan di PPS Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Kuala Perlis.
Banjir di beberapa negeri belum reda
Setakat jam 6 pagi Jumaat, 4,093 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir: Elak pertindihan bantuan, NGO disaran hubungi PKOB
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang pertindihan ketika memberikan bantuan.
Kemungkinan banjir: MB Perak arah semua pihak berkaitan siap siaga
Kerajaan Negeri Perak mengarahkan semua pihak berkaitan supaya meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan bencana banjir.
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas akibat banjir
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas banjir akibat hujan lebat pada Selasa lepas.
Banjir di beberapa negeri bertambah baik pagi ini
Di Perak, NADMA memaklumkan jumlah mangsa yang berlindung di 11 PPS meningkat kepada 1,286 orang pagi ini berbanding 1,191 orang malam tadi.
Air pasang besar: 114 kawasan di Kedah berisiko banjir
'Hotspot' terbanyak iaitu di Baling yang mempunyai sebanyak 46 kawasan diikuti 14 di Langkawi, 12 di Bandar Baharu dan 10 di Kuala Muda.
Air pasang besar: Kampung Besar dilanda banjir kilat
Kejadian banjir adalah disebabkan air pasang besar di sungai utama iaitu Sungai Kerian yang berhampiran kawasan penduduk berkenaan.
Air pasang besar: MBSA minta orang ramai lebih berhati-hati, siap sedia
Dijangka paras air di Stesen Pelabuhan Klang akan melebihi para 5.5 meter hingga 5.8 meter dalam tempoh empat hari tersebut.