JOHOR BAHRU: Sebanyak 48 pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) terpaksa ditutup atas faktor keselamatan berikutan banjir yang kini menjejaskan kesemua 10 daerah di negeri ini.
Pengurus Besar TNB Johor Mohamed Noh Md Seth berkata penutupan bekalan itu menyebabkan gangguan elektrik kepada kira-kira 4,800 akaun pengguna di enam daerah terlibat iaitu Segamat, Kluang, Batu Pahat, Kota Tinggi, Mersing dan Muar.
Beliau berkata 36 pencawang telah ditutup di kawasan Yong Peng, Batu Pahat; Kota Tinggi (empat); Kluang (tiga); Segamat Baru, Segamat (tiga); dan masing-masing satu di Bukit Kepong, Muar; serta Endau, Mersing, setakat 6 pagi tadi.
"Jumlah pencawang elektrik yang ditutup sebanyak 130, bagaimanapun 82 daripadanya telah disambung semula bekalan setelah air surut dan pepasangan elektrik selamat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohamed Noh berkata tindakan itu dilakukan bagi memastikan keselamatan pengguna setempat sekiranya situasi banjir semakin buruk, berisiko dan membahayakan.
Beliau turut menasihati pengguna agar mengubah suis utama kepada kedudukan 'off' serta memastikan semua suis turut dimatikan dan palam kuasa peralatan elektrik ditanggalkan.
"Selain itu, dapatkan juga kontraktor elektrik yang berdaftar untuk membuat semakan pendawaian elektrik sebelum menghidupkan suis utama," katanya.
Menurutnya orang ramai boleh menghubungi TNB Careline 15454 atau Facebook TNB Careline untuk sebarang pertanyaan mengenai status bekalan elektrik di kawasan mereka dan sekiranya ternampak pepasangan TNB teralih atau tumbang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023
Sebanyak 48 pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) terpaksa ditutup atas faktor keselamatan berikutan banjir yang kini menjejaskan kesemua 10 daerah di negeri ini. - Gambar fail/BERNAMA
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
Banjir di Johor: 48 pencawang elektrik TNB ditutup
Sebanyak 48 pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) terpaksa ditutup atas faktor keselamatan berikutan banjir yang kini menjejaskan kesemua 10 daerah di negeri ini.