SHAH ALAM: Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan terkejut dengan kenyataan bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang menuntut penjelasan tidak memusnahkan atau mengebom pam air yang rosak bagi mengalirkan air banjir yang terperangkap ke Sungai Muda ketika banjir baru-baru ini.
"Saya terkejut apabila beliau (Mohamad) cadang bom, mungkin sebab beliau (bekas) Menteri Pertahanan.
"Pintu air ini ada fungsinya, untuk menyekat air daripada luar iaitu Sungai Klang masuk ke kawasan Sri Muda, dan dan keluarkan air ke Sungai Klang. Apa yang kita buat, kita buka bahagian tepi pintu air kerana itu lebih murah dan capai matlamat berbanding nak bom.
“Konsep pintu air kena faham, tak boleh bila banjir saja kita nak bom, isu sekarang, kalau bom, air nak lari ke mana? Kalau paras air sungai lebih rendah dari kawasan banjir, tak guna juga sebab kita kena pastikan air di Sungai Klang betul-betul turun, baru boleh pam keluar, sistem pam itu adalah sistem terbaik. JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) dah buat kajian teliti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Malaysia Recyling Alliance (MAREA) di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menjelaskan tindakan mengebom pam air bagi mengeluarkan air banjir bukanlah satu tindakan tepat kerana ia boleh memberi kesan lebih buruk kepada kawasan sekeliling Taman Sri Muda.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, pam air di Sungai Muda, Shah Alam tidak rosak seperti didakwa ketika bencana banjir melanda kawasan perumahan Taman Sri Muda, akhir bulan lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata, pam berkenaan yang beroperasi menggunakan kuasa elektrik terpaksa diputuskan selepas Tenaga Nasional Berhad memotong bekalan itu di kawasan itu kerana khuatir risiko keselamatan penduduk.
"Bila potong pam dia tak boleh berfungsi, jadi apa yang kita buat kita dapatkan kerjasama daripada TNB, TNB bekalkan janakuasa bergerak, cuma ambil masa sedikit,” katanya lagi.
Ketika membahaskan usul banjir di Dewan Rakyat pada Khamis, Mohamad (PH-Kota Raja) mempersoalkan mengapa tentera tidak memusnahkan atau mengebom pam air yang tidak boleh digunakan bagi mengalirkan air banjir yang terperangkap ke Sungai Muda ketika banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Disember lalu.
Sementara itu, ditanya mengenai isu sampah yang mengakibatkan banjir, Tuan Ibrahim memberitahu, kira-kira 40 peratus plastik menjadi punca kepada berlakunya banjir kilat di Malaysia.
Umavathi Ramayah
Fri Jan 21 2022

Tuan Ibrahim menjelaskan tindakan mengebom pam air bagi mengeluarkan air banjir bukan tindakan tepat kerana ia akan memberi kesan lebih buruk kepada kawasan sekeliling Taman Sri Muda. - Gambar fail
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.