BALING: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan 'menyembunyikan' projek tanaman durian jenis Musang King di Gunung Inas sehingga menjadi punca kepada berlakunya kejadian banjir dan kepala air di beberapa kampung sekitar Kupang, Baling pada Isnin.
Menurut Menteri Besar Kedah itu, beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam mana-mana projek termasuk membabitkan tanaman durian jenis berkenaan.
"Buat apa saya nak 'cover' projek Musang King? Saya tidak ada kepentingan apa… Musang King itu ditanam zaman sebelum saya, saya masuk jadi Menteri Besar, pokok durian itu sudah ada.
"Saya kalau nak bercakap, (mesti berasaskan) 'facts and figures' sahaja dan bagi 'fair to everybody’.
"Kita hanya selamat bila berpegang (kepada) fakta, (apa-apa) persepsi atau cubaan cubaan (untuk kritik saya) jalanlah (tidak dilayan)… saya ada fakta dan 'figures', saya berpegang kepada itu," jelas beliau dalam sidang media selepas mempengerusikam Mesyuarat Mingguan EXCO Kerajaan Negeri Kedah di Pejabat Daerah dan Tanah, Baling pada Rabu.
Muhammad Sanusi berkata demikian sebagai mengulas dakwaan segelintir pihak kononnya beliau memiliki kepentingan dalam projek tanaman durian Musang King di kawasan tragedi banjir dan kepala air di Baling.
Penduduk di kawasan sekitar dilaporkan telah membantah projek kolam takungan di puncak Gunung Inas yang dikatakan pecah sehingga menyebabkan kejadian kepala air serta banjir lumpur yang mengalir ke Sungai Lata Celak, Kampung Iboi.
Kolam tersebut dipercayai dibina syarikat yang terbabit dalam projek tanaman durian Musang King sejak 2018 bagi menyiram antara 4,000 ke 5,000 batang pokok durian di kawasan berkenaan.
Dalam masa sama, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya tidak mahu terjerumus dalam 'blame game' yang dimainkan sesetengah pihak khususnya dalam perkara-perkara membabitkan tragedi atau bencana alam yang berlaku.
Tindakan berkenaan termasuk yang dilakukan pemimpin-pemimpin tertentu, disifatkan beliau, sebagai satu perkara yang amat tidak wajar untuk dicontohi.
"Waktu ini bukan saya nak cari salah siapa, saya pun tidak berhasrat untuk menggalakkan kita semua rakyat (terjerumus dalam) ‘blame game’.
"Ini adalah satu tragedi, (jika) kita main 'blame game' yang kena blame itu (akan) cari jalan untuk lepaskan diri. Saya juga (ada lihat) ahli politik (tertentu) yang 'bijaksana', awal-awal lagi dia sudah kelepiak (cabut lari), (berlakon) menitik dua tiga air mata dia pergi (dan) selamatlah (daripada blame game).
"Oleh sebab itu, orang lain (yang kena) tanggung pula… saya kata jika jadi pemimpin atau kerajaan kalau main ‘blame game’, saya tak rasa masyarakat kita tidak akan ke mana, masing-masing saling salah menyalah, tidak bagus," tegas Menteri Besar itu lagi.
Abd Hadi Che Awang
Wed Jul 06 2022

Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan 'menyembunyikan' projek tanaman durian jenis Musang King di Gunung Inas sehingga menjadi punca kepada berlakunya kejadian banjir dan kepala air. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.

Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.

Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.

Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.

Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.

Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.

Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.

Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM

Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.

Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.