BALING: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mewakili kerajaan negeri membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penduduk yang terkesan dengan tragedi banjir dan kepala air yang berlaku pada 4 Julai lalu, yang mana turut mengorbankan tiga nyawa.
Menurutnya, permohonan maaf itu dibuat sekiranya wujud kesilapan secara tidak langsung daripada mana-mana pihak termasuk pentadbiran kerajaan-kerajaan sebelum ini yang dikatakan menjadi sebab kepada tragedi yang berlaku minggu lalu.
"Kalau kejadian ini ada sebab daripada kerja tangan kerajaan (negeri), (berlaku daripada) kesilapan-kesilapan (yang dilakukan) walaupun saya tak nampak kesilapan itu disengajakan untuk mendatangkan bencana pada masa ini...
"...Bagi pihak kerajaan negeri saya memohon ampun dan maaf, kepada tuan-tuan semua dan saudara mara kita di kampung dan taman yang terkesan dengan banjir lumpur yang telah melanda beberapa kawasan sekitar Kupang minggu lalu.
"Selain daripada kesilapan (itu) bencana ini adalah takdir daripada Allah, yang turut terjadi di kawasan yang tidak digondolkan (seperti) di Gunung Jerai, tiada penggondolan (berlaku) tetapi banjir dan aliran puing tetap terjadi.
"Jadi apabila Allah kata jadi, (maka) jadilah, walaupun hutan belantara tebal, masih berstatus dara, di Gunung Jerai tetapi tetap ada kepala air, dan terjadi juga di kawasan hutan yang dicerahkan," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan bantuan wang ihsan sewa rumah kepada 17 mangsa banjir dan kepala air di Pejabat Daerah dan Tanah Baling, pada Khamis.
Tambah Muhammad Sanusi, permohonan maaf berkenaan turut dibuat atas kelemahan-kelemahan sebagai manusia yang mentadbir sesuatu negeri, kerana tidak dapat melindungi rakyat secara sepenuhnya.
Bagaimanapun, jelasnya permohonan maaf itu juga tidak menggambarkan bahawa beliau mengakui keseluruhan kesilapan berpunca daripada kerajaan kerajaan negeri yang ditadbirnya ketika ini.
Sebaliknya, ia dibuat atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab kepada rakyat setempat.
Semalam, beliau menyatakan bahawa tidak akan sesekali terlibat dalam 'blame game' yang dimainkan pihak tertentu berhubung isu tragedi kepala air dan banjir yang berlaku di Kupang, Baling.
Menurutnya, fokus utama pentadbiran beliau adalah bagi memastikan rakyat yang terkesan dalam bencana berkenaan dapat dibantu, sekali gus meringankan bebanan yang dipikul mereka.
Abd Hadi Che Awang
Thu Jul 14 2022
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mewakili kerajaan negeri membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penduduk yang terkesan dengan tragedi banjir dan kepala air. - Foto Astro AWANI
Suara Rakyat: Impian pembeli rumah Sentoria Borneo Samariang Garden terus tidak kesampaian
2025 telah pun membuka tirai, namun impian pembeli rumah Sentoria Borneo Samariang Garden, Kuching untuk berpindah ke rumah baharu terus tidak kesampaian apabila rumah yang dijanjikan masih belum siap.
Suara Rakyat: Jalan raya rosak teruk, keselamatan penduduk jadi taruhan
Selepas aduan mengenai jambatan usang, penduduk Kampung Tambun kini meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan jalan raya utama yang didakwa semakin teruk dan tidak dibaik pulih.
Pokok pangkalnya, keselamatan lebih 500 penduduk menjadi taruhan.
Keluar masuk melalui jalan yang serba daif itu.
Pokok pangkalnya, keselamatan lebih 500 penduduk menjadi taruhan.
Keluar masuk melalui jalan yang serba daif itu.
Bekas PM Greece Simitis meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri Greece Konstantinos Simitis, yang dikenali sebagai perintis dalam membawa negara Eropah Tenggara itu menyertai zon euro meninggal dunia pada usia 88 tahun.
Mangsa warga emas ditemui 17 batu nautika dari lokasi terjatuh
Operasi mencari dan menyelamat mangsa warga emas yang terjatuh ke laut dari sebuah tongkang di perairan Muara Rejang pada rabu lalu ditemui di Perairan Kabong, kira-kira 17 batu nautika dari lokasi beliau dilaporkan jatuh.
Biar Anwar pimpin kerajaan sehingga tamat penggal - Abang Jo
Fokus kepada usaha membantu rakyat dan biarlah Perdana Menteri
memimpin Kerajaan Perpaduan sehingga tamat tempoh penggal parlimen. Itu pendirian Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengulas usaha beberapa pihak yang beursaha menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
memimpin Kerajaan Perpaduan sehingga tamat tempoh penggal parlimen. Itu pendirian Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengulas usaha beberapa pihak yang beursaha menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.
Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.
Fokus Minggu Depan: Memahami HMPV dan risiko influenza di Malaysia
Virus hMPV merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Pinkfish: Penggantungan semua konsert tindakan ekstrem, kurang faham - ALIFE
Penggantungan penganjuran semua konsert secara menyeluruh susulan insiden di acara Pinkfish Countdown disifatkan sebagai tindakan ekstrem.
Operasi mencari di lokasi ditamatkan
Operasi mencari di lokasi nahas pesawat Jeju Air ditamatkan seminggu selepas kemalangan tragis yang meragut 179 nyawa itu, lapor media Korea Selatan.
TEMCO Kota Setar: Kedah tunggu keputusan MKN
Kerajaan negeri Kedah ketika ini sedang menunggu keputusan muktamad dari pihak Majlis Keselamatan Negera (MKN) berhubung pelaksanaan TEMCO di Kota Setar yang dijadualkan berakhir pada Jumaat.