SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir di Selangor merekodkan seramai 848 mangsa membabitkan 208 keluarga setakat jam 8 pagi Khamis.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, sehingga kini sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam daerah di negeri ini melibatkan Petaling, Klang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Sepang.
Menurutnya, daerah Petaling mencatatkan pemindahan tertinggi apabila merekodkan seramai 433 mangsa daripada 104 keluarga dipindahkan di dua PPS.
"Dua PPS dibuka iaitu di Masjid Putra Height yang mencatatkan pemindahan seramai 227 mangsa daripada 51 keluarga dan di Dewan Camelia Putra Height pula seramai 210 mangsa daripada 53 keluarga," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kenyataan itu memberitahu, sebanyak dua PPS di Klang dibuka membabitkan seramai 293 mangsa daripada 64 keluarga.
Ujar kenyataan itu, seramai 195 mangsa daripada 49 keluarga dipindahkan ke PPS Masjid Kampung Johan Setia dan seramai 58 mangsa daripada 15 keluarga lagi di PPS Balai MPKK Kampung Jalan Kebun Batu 7 Klang.
IKUTI SEGALA MAKLUMAT TENTANG BANJIR DI SINI
Kenyataan itu memaklumkan, dua PPS lagi dibuka di daerah Hulu Langat yang mencatatkan seramai 29 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih, bagaimanapun jumlah mangsa dan keluarga di PPS Balai Raya Bangi Lama masih sedang dalam kemas kini.
Kenyataan itu turut memberitahu, dua PPS dibuka di daerah Sabak Bernam iaitu di PPS Dewan Bagan Nakhoda Omar dan PPS Simpang Lima.
"PPS Dewan Bagan Nakhoda Omar pula menempatkan seramai tujuh mangsa membabitkan dua keluarga, manakala PPS Simpang Lima pula seramai enam mangsa daripada satu keluarga," jelas kenyataan itu.
Selain itu, sebuah PPS dibuka di daerah Kuala Selangor iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram membabitkan 116 mangsa daripada 30 keluarga.
"Sementara di daerah Sepang pula sebuah PPS dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Gemilang, Taman Gemilang.
"Bagaimanapun, jumlah mangsa dan keluarga di PPS itu sedang dikemas kini," kata kenyataan itu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 17 2022

Dua anggota APM membantu dalam operasi memindah dan menyelamat mangsa banjir di Selangor hari ini. - Foto APM/Sinar Harian
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.