SHAH ALAM: Sejumlah 17 kematian direkodkan di seluruh Selangor susulan bencana banjir yang melanda negeri itu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu sidang media hari ini.

Menurutnya, Klang mencatatkan kematian tertinggi iaitu 10 mangsa, diikuti Sepang (4) dan Hulu Langat (3).

[LAPOR LANGSUNG] Sembilan terkorban akibat banjir di Shah Alam

"Mewakili pentadbiran kerajaan negeri Selangor, saya ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang kehilangan nyawa akibat tragedi ini.

"Malah, ada sukarelawan yang turut meninggal dunia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Kami berharap, mereka semua bersabar dengan cubaan dan dugaan ini," katanya.

[TERKINI] Sidang media khas situasi banjir di Selangor


Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga sedang mengenal pasti punca kematian melibatkan kesemua mangsa.

Jelasnya, mungkin ada mangsa yang meninggal dunia disebabkan lemas akibat banjir, tetapi mungkin ada kematian disebabkan perkara-perkara lain.