KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menggalakkan masyarakat di Sabah supaya membangunkan potensi pelancongan dan pertanian desa di kawasan masing-masing melalui koperasi.
Beliau berkata kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan pembiayaan khas untuk koperasi dalam pelancongan, dan setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor itu di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
"Saya percaya, ini dapat dipertingkatkan kerana Sabah dan negara kita mempunyai pelbagai produk pelancongan dan potensi yang luas yang boleh dibangunkan.
"Oleh itu, saya menggalakkan masyarakat di negeri ini supaya mempertimbangkan penubuhan koperasi sebagai satu platform membangunkan potensi pelancongan dan pertanian desa yang ada di daerah atau kampung mereka," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas merasmikan Program Membudayakan Masyarakat Berkoperasi Peringkat Komuniti dan melancarkan Program Jejak Koperasi (JEJAK) Peringkat Negeri Sabah di Kiau sini semalam.
Sementara itu, Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata Program JEJAK menyediakan insentif khas untuk koperasi yang terlibat dalam aktiviti pelancongan.
"Ini merupakan sumbangan kementerian khususnya SKM kepada persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026. Saya berhasrat gerakan koperasi turut berupaya menyediakan produk pelancongan setanding dengan pengusaha-pengusaha lain seperti resort, hotel dan restoran besar," katanya.
Sehubungan itu, beliau mahu masyarakat merebut peluang yang disediakan kerajaan dengan menubuhkan koperasi pelancongan.
"Kita akan terus menguar-uarkan inisiatif ini. Selain inisiatif untuk koperasi pelancongan, kita juga ingin melihat agar lebih banyak koperasi terlibat dalam sektor pertanian bagi menyumbang kepada keterjaminan makanan dalam negara," katanya.
Pada majlis itu, beliau turut bersetuju menyalurkan bantuan pembangunan sebanyak RM35,000 kepada koperasi pelancongan di Kiau iaitu Koperasi Pelancongan Sogindai Kiau Berhad, Koperasi Minitinduk Kiau Berhad dan Koperasi Eko Pelancongan Kiau Berhad.
Peruntukan sebanyak RM200,000 turut diberikan bagi pembangunan Tamu Desa di Kampung Kiau, manakala Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau menerima peruntukan RM20,000 untuk membaik pulih dewan di sekolah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024

Ewon berkata Program JEJAK menyediakan insentif khas untuk koperasi yang terlibat dalam aktiviti pelancongan. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas
KUSKOP menyalurkan pembiayaan berjumlah RM346.28 juta kepada 9,937 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi di Negeri Sembilan sepanjang 2024.

Kadar NPL Tekun Nasional turun kepada sembilan peratus - Ewon
Kutipan semula kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) berjaya diturunkan kepada sekitar sembilan peratus setakat ini.

Ewon dilantik Pengerusi PH Sabah baharu
Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah menerusi pemilihan dalam Mesyuarat Agung PH Sabah pada Ahad.

Hab PMKS diwujudkan di Sabah, Sarawak tahun depan - KUSKOP
Hab PMKS di Sabah dan Sarawak akan bertindak sebagai platform pusat maklumat sehenti bagi PMKS memperoleh pelbagai maklumat perniagaan.

KUSKOP, QSB berpotensi jalin kerjasama majukan PKS di Sabah - Ewon
Bagi merealisasikan kerjasama, QSB disarankan menjadi syarikat vendor berdaftar dengan KUSKOP.

Kajian pelaksanaan dilakukan bagi teruskan PROTEGE dalam RMK13 - Ewon
Ewon Benedick berkata dapatan daripada kajian mengenai PROTEGE itu adalah penting bagi membolehkan kementeriannya meneruskan program itu dalam RMK13.

Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.

TEKUN Nasional salur pembiayaan RM98.9 juta kepada usahawan Sabah - Ewon
TEKUN Nasional salur pembiayaan sebanyak RM98.9 juta kepada 4,400 usahawan informal dan mikro di Sabah pada tahun ini.

14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.

21 peratus rakyat Malaysia sertai koperasi tahun lepas - Ewon
Sumbangan gerakan koperasi melalui pengumpulan modal syer dan yuran adalah RM17.45 bilion dan penjanaan aset pula berjumlah RM165.9 bilion.