KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah menerima permohonan lengkap daripada Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) bagi mempertimbangkan pembinaan bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Chee, Segambut, di tanah persendirian.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan yang lengkap perlu memenuhi tiga syarat ditetapkan kepada LPS bagi membolehkan pertimbangan sewajarnya dibuat.
"KPM menghargai usaha masyarakat yang turut menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara. Bagaimanapun, KPM ingin menegaskan bahawa tindakan pihak LPS yang tidak menghiraukan teguran dengan terus membina bangunan tambahan di tanah persendirian adalah tidak wajar.
"KPM tidak boleh didesak oleh mana-mana pihak untuk menerima apa-apa bangunan sebagai sekolah kerajaan kerana kementerian tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa," menurut kenyataan itu.
Menurut KPM, syarat yang ditetapkan iaitu pihak sekolah perlu mengemukakan bukti bahawa Chevron Malaysia Limited telah membuka atau melupuskan kaveat ke atas tapak berkenaan.
Selain itu, sekolah juga perlu mengemukakan semula skop projek supaya mematuhi Garis Panduan dan Peraturan bagi Perancangan Pembangunan oleh Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos bagi Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
Syarat ketiga pula LPS perlu mengemukakan surat jaminan untuk menyerahkan tapak dan bangunan baharu kepada kerajaan memandangkan sekolah tersebut adalah sekolah kerajaan.
Bermula pada 2012 hingga 2014, LPS melalui Guru Besar SJKC Khai Chee telah memohon untuk mendirikan satu blok bangunan di atas tanah persendirian sebagai bangunan tambahan kepada sekolah tersebut.
Memandangkan SJKC Khai Chee adalah sekolah kerajaan yang dibina di atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), cadangan pembinaan bangunan tambahan perlu mematuhi tatacara pembinaan institusi pendidikan kerajaan.
Dalam kenyataan itu, KPM turut memaklumkan laporan dan tinjauan yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 2014 mendapati pembinaan bangunan tambahan telah dimulakan di tapak yang dicadangkan tanpa mendapat kelulusan daripada KPM.
Sehubungan itu, satu surat arahan pemberhentian kerja dikeluarkan JPWPKL pada 8 Dis 2014 memandangkan bangunan tersebut dicadangkan untuk digunakan sebagai sekolah kerajaan.
"Semakan JPWPKL mendapati bahawa LPS masih meneruskan kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut. Oleh itu, JPWPKL mengeluarkan surat kedua arahan pemberhentian kerja kepada pihak LPS pada 7 Sept 2015.
"Arahan pemberhentian ini juga tidak dihiraukan oleh pihak LPS dan kerja-kerja pembinaan diteruskan sehingga bangunan tersebut siap dibina," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022
KPM memaklumkan permohonan yang lengkap perlu memenuhi tiga syarat ditetapkan kepada LPS bagi membolehkan pertimbangan sewajarnya dibuat. - Gambar fail/ Bernama
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Bangunan tambahan SJKC Khai Chee dibina tanpa kelulusan KPM
KPM memaklumkan permohonan yang lengkap perlu memenuhi tiga syarat ditetapkan kepada LPS bagi membolehkan pertimbangan sewajarnya dibuat.