KUALA KANGSAR: Walaupun bangunan menempatkan dua bilik darjah dan sebuah dewan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeliang di sini, disahkan tidak selamat kerana semakin reput dimakan anai-anai, pihak sekolah terpaksa terus menggunakannya kerana tiada pilihan.
Guru Besar sekolah berusia 50 tahun itu, Zainal Ariffin Ngah Jamaludin, berkata bilik darjah menempatkan 20 murid itu digunakan dengan berhati-berhati kerana tiada tempat lain dapat digunakan buat masa ini.
Jelasnya lagi, sebelum ini beberapa pembaikan kecil telah dilakukan ke atas beberapa struktur tertentu di bangunan berkenaan, namun ia tidak bertahan lama.
“Apabila pihak kontraktor yang datang dan cuba membetulkan bangunan yang asal ni, dia memaklumkan kepada saya bahawa struktur bangunan terutama di bahagian kerangka atas semakin rosak akibat dimakan anai-anai dan siling pula semakin melendut.
“Kami juga telah menghantar laporan dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melawat dan membuat keputusan bahawa bahagian dewan terpaksa ditutup kerana terlalu berisiko.
“Jadi dua bilik darjah di sebelah terpaksa kami gunakan sementara dengan keadaan siap-siaga. Kami terpaksa memberanikan diri untuk menggunakannya kerana sudah tiada bilik lain yang dapat digunakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika tinjauan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di sekolah itu, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Zainal Ariffin berkata, setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku di bangunan itu mahupun kawasan sekitarnya.
“Setakat ini alhamdulillah, tidak terjadi lagi apa-apa insiden tidak diingini. Akan tetapi janganlah sampai jadi apa-apa pula. Saya amat risau akan keselamatan murid dan warga sekolah,” katanya.
Justeru beliau memohon agar sebuah bangunan baru dapat dibina dengan segera bagi menggantikan bangunan terbabit.
Sementara itu, Saarani berkata, pihaknya akan berbincang dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri untuk menyegerakan permohonan bangunan baharu yang memakan kos RM1.5 juta.
Jelasnya, pihak sekolah telah membuat permohonan tahun lalu yang mana cadangan bangunan baharu dua tingkat di tapak asal itu akan mempunyai sebuah dewan terbuka di aras bawah sementara bilik darjah dan pejabat di tingkat atas.
“Hasil tinjauan saya memang bangunan itu perlu diganti segera. Malah JKR sudah mengesahkan ia tidak selamat. Jadi sudah menjadi tanggungjawab kami untuk melihat perkara ini.
“Saya telah berbincang dengan pegawai pembangunan negeri dan saya sendi akan menghubungi Ketua Pengarah ICU untuk melihat bagaimana kita dapat mencari wang supaya ia dapat disegerakan," katanya.
Amirrul Rabbani
Mon May 23 2022
![Bangunan sekolah uzur dimakan anai-anai, pentadbir mohon bangunan baharu Bangunan sekolah uzur dimakan anai-anai, pentadbir mohon bangunan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653298986_TBSEKOLAH.jpg)
Bilik darjah menempatkan 20 murid itu digunakan dengan berhati-berhati kerana tiada tempat lain dapat digunakan buat masa ini. - Gambar/ Astro AWANI
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Pemimpin perlu pastikan masalah rakyat diselesaikan - Tunku Mahkota Ismail Pemimpin perlu pastikan masalah rakyat diselesaikan - Tunku Mahkota Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711380251_TBTMJ.jpg)
Pemimpin perlu pastikan masalah rakyat diselesaikan - Tunku Mahkota Ismail
"Menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan," demikian titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
![Pas tak abai pembangunan, keperluan rakyat - Abdul Hadi Pas tak abai pembangunan, keperluan rakyat - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669083820_TBABDULHADIAWANG.jpg)
Pas tak abai pembangunan, keperluan rakyat - Abdul Hadi
Menurut Abdul Hadi kerajaan Pas juga gigih berusaha secara politik menurut tabii manusia yang wajib mengurus keperluan kehidupan rakyat.
![Isu air Kelantan: Penduduk bina telaga tiub selesai masalah bekalan air bersih Isu air Kelantan: Penduduk bina telaga tiub selesai masalah bekalan air bersih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683700921_sistemairtelagati.jpg)
Isu air Kelantan: Penduduk bina telaga tiub selesai masalah bekalan air bersih
Lebih 80 peratus daripada 2,000 penduduk sekitar Kampung Limbat di sini mengambil keputusan menggali telaga tiub berikutan ketiadaan bekalan air bersih daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
![Jangan tunggu PM datang baru nak selesai masalah - Anwar Jangan tunggu PM datang baru nak selesai masalah - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680937085_AnwarIbrahim.jpg)
"Jangan tunggu PM datang baru nak selesai masalah" - Anwar
Perdana Menteri membuat teguran secara terbuka kepada semua pihak yang bertanggungjawab termasuk jabatan dan agensi kerajaan supaya bertindak proaktif menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengambil masa
![100 Hari Kerajaan Perpaduan: Tiada perubahan reformasi menyerlah - Willie 100 Hari Kerajaan Perpaduan: Tiada perubahan reformasi menyerlah - Willie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677403447_DatukWillieMongin.jpg)
100 Hari Kerajaan Perpaduan: Tiada perubahan reformasi menyerlah - Willie
Kerajaan Perpaduan dilihat belum menunjukkan kesungguhan dan satu perubahan reformasi menyerlah dalam merungkai setiap permasalahan dialami rakyat.
![Perkasakan kerajaan negeri untuk selesaikan masalah akar umbi - Amir Fareed Perkasakan kerajaan negeri untuk selesaikan masalah akar umbi - Amir Fareed](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61672180762_AmirFareedRahim.jpg)
Perkasakan kerajaan negeri untuk selesaikan masalah akar umbi - Amir Fareed
Sudah sampai masa penyelesaian kepada masalah rakyat tidak boleh semata-mata difikir dan ditentukan oleh kerajaan pusat.
![PRU15: Jadikan Mersing hab pelancongan berkelas dunia, mula dengan selesai isu jalan raya - Pengundi PRU15: Jadikan Mersing hab pelancongan berkelas dunia, mula dengan selesai isu jalan raya - Pengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666868907_PantaiAirPapan.jpg)
PRU15: Jadikan Mersing hab pelancongan berkelas dunia, mula dengan selesai isu jalan raya - Pengundi
Mersing kaya dengan khazanah alam yang menjadikan daerah ini sebagai hab pelancongan. Maka, harapan dan jangkaan rakyat terhadap pelbagai agensi di setiap lapisan sistem kerajaan kian menggunung.
![Kerajaan dengar permasalahan disuarakan rakyat di media sosial - Annuar Kerajaan dengar permasalahan disuarakan rakyat di media sosial - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657093820_MenteriKomunikasid.jpg)
Kerajaan dengar permasalahan disuarakan rakyat di media sosial - Annuar
Perkara yang disuarakan di media sosial dijadikan sentimen analisis bagi mendapatkan penyelesaian dan tindakan untuk kebaikan rakyat.
![Bangunan sekolah uzur dimakan anai-anai, pentadbir mohon bangunan baharu Bangunan sekolah uzur dimakan anai-anai, pentadbir mohon bangunan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653298986_TBSEKOLAH.jpg)
Bangunan sekolah uzur dimakan anai-anai, pentadbir mohon bangunan baharu
Guru Besar sekolah berusia 50 tahun itu, Zainal Ariffin Ngah Jamaludin, berkata bilik darjah menempatkan 20 murid itu digunakan dengan berhati-berhati.
![Ketua kampung, JPKK diingatkan sentiasa turun padang - Hajiji Ketua kampung, JPKK diingatkan sentiasa turun padang - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71615543832_hajijinoorkinarut.jpg)
Ketua kampung, JPKK diingatkan sentiasa turun padang - Hajiji
Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, mereka perlu menjalankan amanah dan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.