IPOH: Kerajaan negeri meminta Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dan Jabatan Warisan Negara memantau serta melihat semula keadaan Masjid Lama Kampung Kuala Dal, Padang Rengas.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata pihaknya memandang serius berhubung isu bangunan warisan berusia 90 tahun itu, yang dikatakan semakin mereput dan terbiar tanpa penjagaan.
"Ini sebenarnya isu yang kita hadapi dengan Jabatan Warisan, di mana sesetengah aset itu diletakkan di bawah jagaan jabatan itu dan bukan kerajaan negeri.
"Bagaimanapun, ia tidak menghentikan kerjasama di antara kedua-dua pihak. InsyaAllah saya sudah minta MPKK untuk melihat sama ada boleh bantu Jabatan Warisan untuk betulkan keadaan di situ.
"Setakat ini memang Jabatan Warisan diminta untuk pantau semula, lihat kerja yang perlu dilakukan.
"Kerana, kerja baik pulih hanya boleh dilakukan oleh pakar yang arif tentang seni bina warisan bangunan masjid itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program perbincangan town hall 'Ke Arah Pelancongan Selamat Negeri Perak' serta pelancaran Unit Polis Pelancong Perak, di sini, semalam.
Sebelum ini, media melaporkan situasi dan pemandangan terkini masjid yang sarat dengan seni bina tradisional dan unik itu, yang kelihatan tidak terurus.
Malah, ada beberapa bahagian binaan yang mulai mereput khususnya di dinding dan kayu.
Setiausaha Persatuan Warisan Perak Nor Hisham Zulkiflee berkata, beberapa struktur bangunan berkenaan mulai kusam dan terbiar mereput, seolah-olah tiada pemantauan dibuat.
Difahamkan, masjid ini sudah dijadikan sebagai galeri dan diuruskan oleh Jabatan Warisan.
Terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar, keunikan masjid ini dapat dilihat menerusi reka bentuk binaannya yang menyerupai sangkar burung.
Selain itu, dinding masjid dua tingkat ini dibuat daripada buluh minyak yang dianyam, iaitu 'dinding tepas/tepus'.
Masjid ini dibina pada 1936 dan dibiayai oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak ke-30.
Menurut catatan di papan plak, perasmian masjid ini berlangsung pada 11 Februari 1938.
Masjid ini tidak lagi digunakan pada 1976, setelah masjid baharu iaitu Masjid Al-Wahidiah dibina.
Jabatan Warisan pernah menjalankan kerja-kerja konservasi di masjid ini iaitu pada 2008 dan 2015.
Aida Aziz
Fri Jun 24 2022
Bangunan masjid lama yang sarat dengan seni bina tradisional dan unik ini dilaporkan dalam keadaan tidak terurus. - Astro AWANI/AIDA AZIZ
EPL: Seri dengan Ipswich Town, Amorim berang Man Utd kerap fikir panjang
Bekas pengendali Sporting CP itu percaya bahawa anak buahnya terlampau berfikir panjang sepanjang aksi berlangsung.
Ukraine desak sistem pertahanan udara barat yang kukuh
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy meminta rakan-rakan Barat memberi tumpuan kepada menyediakan sistem pertahanan udara yang berkesan melindungi rakyat.
Kenyataan ini dikeluarkan selepas unit pertahanan udara Ukraine berjaya menembak jatuh 50 daripada 73 dron yang dilancarkan semalaman.
Kenyataan ini dikeluarkan selepas unit pertahanan udara Ukraine berjaya menembak jatuh 50 daripada 73 dron yang dilancarkan semalaman.
Mangsa banjir di lima negeri menurun
Negeri-negeri yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Serangan Israel hantar mesej tolak perdamaian - Najib
Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati, menyifatkan serangan Israel ke atas pangkalan tentera al-Amiriya, selatan Lubnan, sebagai penolakan terhadap usaha gencatan segera.
Menerusi ciapannya di X, mesej disampaikan Israel jelas tertulis pada darah rakyat Lubnan iaitu menolak langkah perdamaian dibincangkan.
Menerusi ciapannya di X, mesej disampaikan Israel jelas tertulis pada darah rakyat Lubnan iaitu menolak langkah perdamaian dibincangkan.
EU seru langkah segera henti kekejaman Israel di Lubnan
Kesatuan Eropah (EU) menyeru agar langkah segera dilaksanakan bagi menghentikan konflik yang berlaku di Lubnan.
Perkara itu dinyatakan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell di X dalam pertemuannya dengan perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati pada Ahad.
Perkara itu dinyatakan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell di X dalam pertemuannya dengan perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati pada Ahad.
Pembunuh Rabai di UAE akan diburu – Netanyahu
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberi amaran bahawa Israel akan mengambil tindakan terhadap pembunuh Rabai Zvi Kogan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menurut media tempatan, Israel juga akan memburu dalang di sebalik pembunuhan itu.
Menurut media tempatan, Israel juga akan memburu dalang di sebalik pembunuhan itu.
Liverpool lebarkan status pendahulu EPL
Skuad kendalian Arne Slot yang masih segar dengan kemenangan atas Aston Villa di laman sendiri 10 Nov lalu tampil dengan aksi positif.
Gegar Vaganza 11 adalah proses 'reboot' program
Konsert minggu pertama program Gegar Vaganza musim ke 11 menjadi medan comeback penyanyi one hit wonder di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Sarawak Bakal Muktamadkan Perjanjian Pembelian MASwings Bulan Depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan. Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan bahawa penubuhan syarikat penerbangan Sarawak ini bertujuan mempromosikan negeri kepada komuniti perniagaan dan pelancong. Pengambilalihan ini akan menjadi batu loncatan baharu selain lapangan terbang yang terbaik, mewujudkan ekosistem yang menjadikan Sarawak lebih berdaya saing menjelang 2035.
Mengenang Legasi Allahyarham Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Allahyarham Tan Sri Dr. Ahmad Nawab telah menghasilkan lebih 200 album sepanjang kariernya dan bekerja dengan pelbagai artis, termasuk Datuk DJ Dave.
Antara kerjasama mereka termasuklah lagu-lagu yang mempamerkan kehebatan Ahmad Nawab sebagai komposer dan keunikan vokal DJ Dave, seperti "Maafkanlah" dan "Menyesal." Ahmad Nawab turut menyumbang dalam memperkayakan katalog muzik DJ Dave yang terus relevan sejak era 70-an hingga kini. DJ Dave juga pernah menjemput Ahmad Nawab dalam konsert "Sketsa Memori Life With DJ Dave," yang meraikan perjalanan karier mereka
Temu bual bersama DJ Dave akan membincangkan kenangan indah dan sumbangan besar Ahmad Nawab kepada industri muzik.
Antara kerjasama mereka termasuklah lagu-lagu yang mempamerkan kehebatan Ahmad Nawab sebagai komposer dan keunikan vokal DJ Dave, seperti "Maafkanlah" dan "Menyesal." Ahmad Nawab turut menyumbang dalam memperkayakan katalog muzik DJ Dave yang terus relevan sejak era 70-an hingga kini. DJ Dave juga pernah menjemput Ahmad Nawab dalam konsert "Sketsa Memori Life With DJ Dave," yang meraikan perjalanan karier mereka
Temu bual bersama DJ Dave akan membincangkan kenangan indah dan sumbangan besar Ahmad Nawab kepada industri muzik.
Bangunan 90 tahun di Kuala Kangsar reput, terbiar: MPKK, Jabatan Warisan diminta pantau
Difahamkan masjid ini sudah dijadikan sebagai galeri, yang mana diuruskan oleh Jabatan Warisan Negara.