KOTA BHARU:Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban. Inilah situasi yang dilalui empat sekeluarga yang terpaksa tinggal dalam sebuah bangsal kecil di Pantai Mek Mas setelah hilang punca pendapatan sejak November tahun lalu.
Mohd Saufi Ibrahim, 41, dan isteri, Dahlia Musliman, 48, serta dua anak mereka, Nur Dhiyalissya, 7, dan Nur Dhiyadheliena, 6, sebelum ini tinggal di rumah sewa dengan bayaran bulanan sebanyak RM250 terpaksa berpindah ke bangsal itu kerana tidak mampu menjelaskan sewa bulanan yang kini tertunggak sebanyak RM1,000.
Mohd Saufi berkata, sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM1,400 sebulan manakala isterinya pula kerani di syarikat sama yang dengan pendapatan RM1,500 sebulan.
“Bagaimanapun kami diberhentikan serentak bersama ramai lagi pekerja lain dipercayai kerana ekonomi syarikat yang terjejas kesan daripada COVID-19.
“Disebabkan hilang punca pendapatan, saya tidak dapat menjelaskan bayaran rumah sewa sehingga tertunggak selama empat bulan dan diarahkan keluar dari rumah tersebut,” katanya ketika ditemui di bangsalnya di Pantai Mek Mas di sini pada Sabtu.
Menceritakan kesusahan yang dialaminya, Mohd Saufi berkata, dia sekeluarga pernah menumpang tidur di pondok pengawal tempat bekas majikannya selama seminggu sebelum dibantu penduduk kampung serta kenalan yang menyumbangkan kayu serta zink untuk membina bangsal di belakang rumah ibunya.
Katanya, keadaan rumah ibunya yang uzur membuatkan dia terpaksa membina bangsal sebagai tempat tinggal mereka sekeluarga manakala kemudahan air diperoleh dari telaga tiub dan elektrik pula di sambung dari rumah ibu saudara serta menumpang tandas di rumah keluarganya.
"Dalam ruang sempit inilah tempat kami empat beranak tidur, memasak, makan dan solat. Alhamdulillah walaupun sukar tetapi saya tenang dan tidak pernah putus rezeki.
“Buat sementara, saya membantu rakan menangkap ikan dengan upah tidak menentu antara RM30 sehingga RM50 seminggu selain menjaga tujuh ekor kambing milik sepupunya dengan upah diberikan anak kambing yang bakal dilahirkan secara bergilir dengan pemilik," katanya.
Sementara itu, Dahlia berkata, anak sulung mereka baharu sembuh daripada demam berikutan cuaca panas dan hujan ditambah dengan bahang bangsal yang berlantaikan pasir serta beratap zink.
Katanya, lebih menyedihkan kedua-dua anaknya itu masih belum memiliki pakaian seragam sekolah selain hanya mempunyai beg sekolah yang disedekahkan kepada mereka.
“Kalau siang kami tidak boleh duduk dalam bangsal kerana terlampau panas, tapi bila hujan pula, atapnya bocor sana sini. Saya susun batu bata dan alas tikar untuk sembahyang walaupun ruangnya terhad. Suka tengok ruang kemas dan bersih walaupun kecil.
“Tanah ini hak kerajaan, saya pinjam guna untuk bercucuk tanam. Ada tanam labu, tomato, pokok kari dan bayam Brazil yang boleh kami makan ketika kesempitan wang,” katanya.
Tambahnya, suaminya itu mempunyai tanah namun mereka tidak mampu dari segi kewangan untuk membina rumah.
“Saya berharap mempunyai sebuah rumah yang lebih selesa dan selamat untuk kami duduki lebih-lebih lagi ketika suami keluar menangkap ikan pada waktu malam,” katanya.
Dalam pada itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin ketika dihubungi berkata, keadaan keluarga ini dalam pengetahuan dan pemerhatian pihaknya.
“Saya difahamkan keluarga ini membina bangsal dan tinggal di belakang rumah orang tua mereka itu selepas tidak mampu menjelaskan sewa rumah mereka.
“Rumah orang tuanya juga sudah usang dan dua tahun lalu pihak kami telah membaiki rumah warga emas tersebut termasuk bilik air dan dapur selain menerima bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk isteri pertamanya,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang.
Sinar Harian
Sun Jan 31 2021

Mohd Saufi (kanan) dan isteri, Dahlia (kiri) bersama anak mereka, Nur Dhiyalissya serta Nur Dhiyadheliena tinggal dalam sebuah bangsal kecil di Pantai Mek Mas, Kota Bharu sejak November tahun lalu. - Foto Sinar Harian

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Empat beranak tinggal dalam bangsal, tiada persiapan Aidilfitri
Sebelum ini mereka sekeluarga menyewa di Seberang Perai Utara, namun disebabkan masalah kewangan, mereka tidak dapat melunaskan sewa rumah.

Penganggur dijel 20 tahun kerana rogol, liwat wanita
Tertuduh didakwa merogol wanita berkenaan di sebuah bangsal di ladang kelapa sawit di Kampung Payoh.

Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran kebun dikenal pasti
Warga emas dikenali sebagai Lye Yoon Pheng, dan tempat kejadian merupakan kebun limau miliknya sendiri di tepi Sungai Pinji, Tambun.

PdPR: Pelajar terpaksa ikuti kelas di bangsal usang kawasan ladang
Bagi lebih 100 pelajar dari Kampung Payong, Setiu, bangsal usang serta pondok di kawasan ladang menjadi lokasi bagi meneruskan pelajaran.

Bangsal jadi tempat berteduh empat sekeluarga
Mohd Saufi dan isterinya diberhentikan kerja dipercayai kerana ekonomi syarikat yang terjejas kesan daripada COVID-19.

PGA rampas lebih 1.8 tan ketum bernilai RM52,000
Menyedari kehadiran anggota PGA, kedua-dua kedua suspek melarikan diri dan meninggalkan motosikal serta dua guni berisi daun ketum itu.

COVID-19: Pelarian Rohingya dikuarantin dalam bangsal di Bangladesh
Kerajaan Bangladesh mengenakan sekatan penuh di kawasan itu, yang menempatkan lebih sejuta pelarian Rohingya dari Myanmar, bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Dapat rumah baru tidak lama lagi, nasib lima beradik tinggal di bangsal terbela
Selain sumbangan dari pelbagai pihak yang bersimpati, kerajaan negeri dan MAIK turut menghulurkan bantuan dengan menyediakan kediaman yang selesa untuk keluarga berkenaan.

Wanita diasingkan kerana haid, akhirnya mati sesak nafas
Perkara itu berlaku di sebuah kawasan terpencil di Nepal apabila tradisi memaksa wanita yang datang haid untuk mengasingkan di sebuah bangsal sendirian mmebawa padah.