JOHOR BAHRU: Seluruh rakyat di negeri ini diajak untuk bersama-sama bersolidariti dengan rakyat Palestin dalam satu acara yang akan diadakan di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini Ahad ini.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu hantaran di Facebook hari ini, mengajak warga Johor untuk sama-sama menyertai Majlis Yasin, Tahlil serta Solat Hajat Bangsa Johor peringkat negeri sebagai satu daripada inisiatif dalam usaha memohon kemenangan atas perjuangan rakyat Palestin.
"Ayuh seluruh Bangsa Johor! Sama-sama kita hadir ke Solidariti Bangsa Johor pada Majlis Yasin, Tahlil dan Solat Hajat Bangsa Johor untuk Palestin peringkat negeri pada 19 Nov ini.
"Panjatkan doa dan teguhkan sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Sama-samalah kita berdoa agar penderitaan dan penindasan ini digantikan dengan cahaya keamanan dan keadilan agar kembali menyinari bumi Palestin. Insya-Allah, " katanya menerusi hantaran tersebut.
Tiga hari lepas, Menteri Besar mengambil peluang untuk membangkitkan isu mengenai krisis kemanusiaan dan tragedi yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza itu, ketika bercakap pada Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023, sebuah platform Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang dianjurkan di bandar raya ini.
Pertempuran antara Hamas, pihak berkuasa di Semenanjung Gaza dan rejim Israel yang masuk hari ke-40 hari ini, telah mengorbankan ribuan nyawa dengan angka korban di Palestin telah melebihi 11,000 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023

Onn Hafiz mengajak warga Johor untuk sama-sama menyertai Majlis Yasin, Tahlil serta Solat Hajat Bangsa Johor peringkat negeri untuk bersolidariti dengan rakyat Palestin. - FB Onn Hafiz Ghazi
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.

ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.

Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.

Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.

Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB
Guterres berkata bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan.

14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel
Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel.

23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi.

“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.

Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.

IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata