Bangkai seekor tapir Malaya betina ditemukan di Batu 20, Jalan Kota Tinggi-Mersing, awal pagi ini dipercayai akibat dilanggar kenderaan berat.
Pengarah Jabatan Perhilitan Johor Salman Saaban berkata haiwan berusia antara lima hingga enam tahun dan seberat 200 kilogram itu ditemukan orang awam di tepi jalan berkenaan sebelum dimaklumkan kepada pihak Perhilitan, pagi Ahad.
"Terdapat kecederaan dan kesan luka akibat seretan atau dilanggar oleh kenderaan di bahagian badan. Namun kenderaan yang disyaki melanggar tapir tiada di lokasi kejadian semasa siasatan dijalankan.
"Pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian juga mendapati tiada kesan terbabas kenderaan, justeru haiwan itu dipercayai dilanggar kenderaan berat," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Salman berkata berdasarkan kesan laluan di kawasan semak-samun berhampiran, pihaknya percaya tapir tersebut datang dari Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Sedeli dan cuba untuk melintasi jalan raya berkenaan untuk menuju ke arah Ladang RISDA Ulu Sedeli yang terletak berhampiran sebelum dilanggar.
Katanya, setakat pukul 3.30 petang semalam, beliau dimaklumkan bahawa polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
Namun, pihak Perhilitan telah mengambil dan merekodkan data morfologi asas dan melupuskan bangkai haiwan tersebut dengan menanamnya berhampiran lokasi kejadian.
Tapir Malaya (Tapirus indicus) merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 176) dan dikategorikan sebagai terancam di bawah Senarai Merah Spesies Terancam, Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 05 2020

Seekor tapir betina ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan berat dalam kejadian di Batu 20 Jalan Kota Tinggi-Mersing, 5 Jan, 2020. --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

MAFI sasar 10 peratus perairan negara dilindungi sebagai Kawasan Perlindungan Marin
Sasaran itu selaras dengan obligasi di bawah Matlamat Pembangunan Lestari, Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025.

Kemalangan jalan raya ancam populasi tapir, 92 Tapir Malaya mati sepanjang 2015-2020
Untuk tahun lepas sahaja, 24 ekor Tapir Malaya dilaporkan mati akibat kemalangan jalan raya.

Saya sudah divaksin, saya boleh berjalan jauh - Presiden Rusia
Putin menjelaskan, beliau akan turun padang untuk melawat kawasan, memandangkan dirinya kini dilindungi.

Zoo Negara tidak lakukan kesalahan jual Rusa Bintik - Perhilitan
Sebuah portal tempatan pada 4 Feb, melaporkan mengenai penjualan Rusa Bintik (Rusa Axis) oleh Zoo Negara kepada syarikat swasta.

Bangkai tapir betina di jalan Kota Tinggi-Mersing
Haiwan berusia antara lima hingga enam tahun dan seberat 200 kilogram itu ditemukan orang awam di tepi jalan berkenaan sebelum dimaklumkan kepada pihak Perhilitan, pagi Ahad.

Lemang periuk kera timbulkan keresahan pencinta alam
Pencinta alam bimbang kerana penuaian kelongsong periuk kera secara keterlaluan boleh membawa kepada kepupusan spesis tumbuhan itu.

Rusa tersesat masuk bandar, cedera parah dirempuh kereta
Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu sekitar pukul 10.21 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.