KUALA LUMPUR: Tindakan seorang jurujual mengabaikan lima kucing peliharaannya sehingga mati kebuluran, tahun lalu membawa padah apabila dia dihukum penjara dua tahun dan didenda RM50,000 oleh di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.
Lim Chia Lin, 31, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Sekiranya gagal melunaskan denda berkenaan, mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara setahun.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa tidak menyediakan makanan dan minuman yang mencukupi sehingga menyebabkan haiwan peliharaan yang diletakkan dalam kurungan, mati dan bangkainya ditemukan kemudian.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah unit kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini, antara 14 Jun dan 3 Julai 2022.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29(1)(D) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, pengadu yang juga pemilik unit berkenaan menerima aduan daripada penduduk bahawa rumah yang disewakannya kepada tertuduh berbau busuk seperti bangkai.
Pengadu kemudian memeriksa unit berkenaan dan mendapati beberapa bangkai kucing dalam sangkar yang diletakkan di luar rumah di sebelah pintu.
Pengadu selanjutnya menasihati penyewa tersebut supaya membuang sangkar berkenaan bagi mengelakkan penduduk membuat aduan terhadapnya.
Bagaimanapun, pada 13 Mac lalu, pengadu bersama pengawal keselamatan dan pengurus bangunan pergi ke rumah tersebut untuk meminta sewa bulanan yang tertunggak sebanyak RM1,400 namun mendapati sangkar tersebut masih tidak dibuang.
Pengadu mendapati bau busuk berlaku di bahagian dapur akibat daging kisar dalam baldi dan peti sejuk manakala penyewanya sedang tidur dalam bilik.
Semasa prosiding, Chia Lin yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan denda yang minimum kerana dia berpendapatan rendah.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurhani Mohmed Ayub berkata, tertuduh bertindak pulang ke kampungnya di Sarawak selama sebulan bermula Jun tahun lalu, tanpa menyediakan makanan dan minuman hingga kucing-kucing itu mati kebuluran.
"Dia patut sediakan keperluan mencukupi serta tempat yang selesa tapi bertindak meninggalkan haiwan peliharaan tersebut `kering kontang’ tanpa belas kasihan," katanya.
Sabtu lalu, Sinar Harian melaporkan, pihak polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, pada 11 Mac lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lepas dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 28 2023

Media sebelum ini melaporkan polis mengesan individu terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, 11 Mac lalu. - Gambar/ Sinar Harian

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM208 juta sepanjang Ramadan ini.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

Bangkai kucing dibuang SPCA kerana tiada tempat pelupusan khas - JPVPP
Sepuluh bangkai kucing yang ditemukan berbungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong didapati dibuang oleh SPCA Pulau Pinang.

JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
JPVPP menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong.

Polis sahkan terima laporan penemuan bangkai kucing
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad mengesahkan pihaknya ada menerima laporan.

Bangkai kucing: Jurujual dipenjara 2 tahun, denda RM50,000
Tindakan seorang jurujual mengabaikan lima kucing peliharaannya sehingga mati kebuluran, tahun lalu membawa padah apabila dia dihukum penjara dua tahun dan didenda RM50,000.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Polis temui 2,000 bangkai kucing digunakan untuk perubatan tradisional
Sesetengah masyarakat di Vietnam percaya bahawa ekstrak daripada tulang kucing boleh membantu menyembuhkan penyakit seperti asma dan osteoporosis.

BKKM Pulau Pinang serbu kilang fucuk beroperasi di sebelah bekas kandang babi
Pemeriksaan ke atas keempat-empat kilang fucuk tersebut mendapati berlaku pelanggaran Akta Makanan 1983 membabitkan aspek kebersihan dan juga pakaian pekerja.

Lelaki mengaku tidak bersalah bunuh tiga kucing dalam mesin kedai dobi
Tertuduh, Muhammad Najwan Zulkefli, 24 tahun, didakwa telah melemaskan haiwan tersebut di dalam mesin basuh di sebuah pusat dobi layan diri di Kepong sekitar jam 5.30 pagi.