TAWAU: Seekor gajah jantan ditemui mati di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Berantian, Jalan Merotai-Kalabakan pada Rabu.
Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Primus Lambut berkata, bangkai gajah itu ditemui oleh pekerja ladang di kawasan berkenaan.
Katanya, sebaik menerima aduan itu, sepasukan kakitangannya bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan awal.
"Kami dapat laporan aduan kematian gajah itu kira-kira jam 4 petang oleh pekerja ladang.
"Pemeriksaan awal terhadap gajah itu tiada kesan luka pada badan dan siasatan masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Sebelum itu, tular di media sosial Facebook penemuan bangkai gajah di ladang kelapa sawit di kawasan berkenaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 13 2022

Gajah yang ditemui mati di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Berantian, Jalan Merotai-Kalabakan, Tawau. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bangkai gajah di ladang kelapa sawit
Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Primus Lambut berkata, bangkai gajah itu ditemui oleh pekerja ladang di kawasan berkenaan.

Racun punca dua gajah Borneo mati
Bagaimanapun jenis racun berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Lagi gajah mati ditemui di Bakapit, Lahad Datu
Pegawai Hidupan Liar Sabah di Lahad Datu Sylvester Saimin berkata bangkai haiwan itu ditemui pada 6.30 pagi Isnin oleh pekerja ladang.

Bangkai gajah Pygmy tanpa kepala ditemui di Sungai Kinabatangan
Penemuan itu juga menjadikan jumlah gajah yang mati di Sabah sebanyak 21 ekor untuk tahun ini.

Menyedihkan... Bangkai ketiga gajah pygmy ditemukan di Kinabatangan
Sepasukan daripada Jabatan Hidupan Liar Sabah dikerahkan untuk mendapatkan (bangkai) gajah tersebut agar bedah siasat dapat dijalankan.

Gading disyaki milik bangkai gajah pygmy ditemui
Polis menemui gading yang disyaki milik bangkai gajah pygmy Borneo yang ditemui mati di sebuah ladang di Beluran, berdekatan lokasi kejadian pada Rabu.

Hujan lebat halang usaha kutip bangkai gajah
Ranger rimba terus menghadapi kesulitan untuk menghampiri sebahagian daripada bangkai itu ekoran cuaca buruk dan lerengan bukit yang sukar.