Bandaraya Kuala Lumpur akan menjadi bandar sungai bertaraf dunia apabila Program Transformasi Ekonomi bagi Greater Kuala Lumpur bakal siap dalam tempoh tujuh tahun.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pembangunan KL River City dilihat memenuhi keperluan untuk melonjakkan nama bandaraya ini.
"Dengan pembangunan jitu di antara pembangunan sungai serta jaringan akses ini, pembangunan KL River City dilihat memenuhi ciri-ciri keperluan untuk melonjakkan nama bandaraya Kuala Lumpur setanding dengan nama bandar-bandar besar yang diminati untuk dihuni seperti Melbourne, Vienna, Vancouver, Toronto, Calgary dan lain-lain lagi.
"Dengan pelaksanaan projek KL River City, kawasan sekitarnya yang berkeluasan 320 ekar juga berpotensi untuk diremajakan dan dimodenisasikan semula," katanya pada ucapan pelancaran Majlis Pecah Tanah Projek KL River City di sini hari ini.
BACA: Warga kota boleh mula beriadah di jajaran sungai tengah Kuala Lumpur April ini
Katanya, pelaksanaan projek berkeluasan lebih 129 hektar di sepanjang 2.2 kilometer di Sungai Gombak itu akan membangunkan kawasan-kawasan seperti Bandar Baru Sentul, Setapak, Tititwangsa dan Pekeliling untuk menerima limpahan signifikan seperti peluang usahawan dan perniagaan baharu.
Tengku Adnan pada masa sama melihat projek itu bakal menjadi penampan kepada kejadian banjir kilat di ibu negara apabila Sistem Penambahbaikan dan Terowong Sungai Gombak (GREAT) dilaksanakan.
"Sistem GREAT adalah satu sistem bukan mekanikal yang bertujuan untuk menangani isu bajir kilat di kawasan sekitar Sungai Gombak di mana air deras yang mengalir daripada hulu sungai tersebut semasa hujan lebat akan dialirkan ke terowong GREAT supaya kejadian banjir dapat dielakkan berlaku di kawasan sekitar Sungai Gombak," katanya.
Ujarnya, keupayaan sistem itu tidak akan menjejaskan tarikan pelancong, aktiviti sungai dan rekreasi di tebing sungai sepanjang tahun tanpa risiko banjir.
Projek KL River City yang berada di bawah Greater Kuala Lumpur dijangka siap pada 2020 selain beberapa projek lain seperti Eko Titiwangsa, Eko River Centre, Eko Gateaway, EkoQuay dan Eko Avenue dengan anggaran nilai pembangunan kasar yang melebihi RM6 bilion.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Jul 18 2017
Tengku Adnan pada masa sama melihat projek itu bakal menjadi penampan kepada kejadian banjir kilat di ibu negara apabila Sistem Penambahbaikan dan Terowong Sungai Gombak (GREAT) dilaksanakan. - Foto Astro AWANI / ASYRAF HASNAN
Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini
Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.
Jurugambar sambilan didakwa cederakan pereka fesyen Razman, Razmi
Seorang jurugambar bebas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan pereka fesyen, Razman dan Razmi, Rabu lalu.
Simpanan Shariah: KWSP perkenal akses lebih pantas, pengaktifan bulanan
Penambahbaikan berkenaan juga membolehkan pendaftaran Simpanan Shariah dibuat secara serta-merta untuk ahli baharu.
Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman berkata, pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar.
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di bawah perkongsian strategik baharu
Anwar dan Ishiba membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
'Jaga parti sendirilah' - nasihat Ku Nan kepada Tun M
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa RoS bersikap berat sebelah dan memberi layanan berbeza kepada UMNO dan pembangkang.
Bandar sungai bertaraf dunia: KL bakal setanding Melbourne, Vienna, Vancouver - Ku Nan
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pembangunan KL River City dilihat memenuhi keperluan untuk melonjakkan nama bandaraya ini.
Bazar Ramadan sekitar KL dinaik taraf secara berperingkat - Tengku Adnan
Tengku Adnan turut mengingatkan para peniaga agar menjaga kebersihan dan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya dengan alasan tidak munasabah.
UMNO kaji semula kerjasama dengan parti politik Korea Utara - Ku Nan
UMNO akan mengkaji semula kerjasama yang dijalinkan dengan WPK, rentetan perkembangan hubungan dua hala ekoran kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong-nam di Malaysia.
UMNO nafi terlibat dalam pemberian geran atau dana kepada usahawan
UMNO menafikan sebarang penglibatan dalam penganjuran pemberian sebarang geran atau dana kononnya bagi membantu usahawan khususnya peniaga kecil dan syarikat baru.
Kekangan kehidupan cabaran terbesar warga kota - Ku Nan
Kekangan kehidupan yang dihadapi oleh warga kota antara cabaran terbesar yang perlu dititikberatkan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Perlu kajian saintifik bagi larangan kapcai ke pusat bandar - Wan Junaidi
Kajian saintifik perlu dibuat sebelum keputusan untuk melarang kemasukan motosikal kapcai ke pusat bandar.
Puncak Purnama: Tidak salah meroboh, arca milik penuh DBKL
Mahkamah membuat keputusan bahawa DBKL perlu membayar pampasan kepada pereka asal dan selepas itu arca ini telah menjadi milik penuh DBKL.
'Siapa cakap UMNO tinggal 190 bahagian? UMNO Semporna tidak bubar' - Ku Nan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kemelut yang dicetuskan UMNO Bahagian Semporna tidak mempunyai lokus standi untuk bahagian itu dibubarkan.
Keputusan MT tidak boleh dicabar di mahkamah - Ku Nan
Tengku Adnan turut menegaskan isu penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO tidak berkaitan dengan Seksyen 16 Akta Pertubuhan 1966.