LIPIS: Keputusan Kementerian Pertahanan untuk membangunkan Bandar Pertahanan (Defence City) bernilai RM1 bilion di kawasan Kechau, Padang Tengku dekat sini, dijangka merangsang ekonomi domestik dan meningkatkan pendapatan negara serta mengurangkan aliran wang keluar.
Projek berkenaan juga, kata Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, akan membantu mengurangkankan kebergantungan negara kepada syarikat asing sekali gus mengurangkan defisit negara khususnya bagi penjimatan aset serta kelengkapan ketenteraan dan pertahanan.
Bahkan, apa yang paling menggembirakan juga, kata Abdul Rahman ialah, Bandar Pertahanan itu kelak bakal mewujudkan peluang pekerjaan berskala besar kepada hampir 2,000 orang belia tempatan dan negeri ini amnya dalam bidang teknikal, pengurusan dan sebagainya.
"Pembukaan kilang peralatan dan pemasangan jentera berat untuk kegunaan pertahanan antara usaha Kerajaan Persekutuan memberikan kesejahteraan kepada rakyat serta pada masa yang sama mewujudkan pusat pertumbuhan (bandar) di luar bandar berasaskan Revolusi Industri 4.0 di luar bandar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyampaian barang keperluan sempena sambutan Aidilfitri kepada 111 penduduk yang kurang berkemampuan di Kampung Gua dan kawasan berdekatan.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Datuk Mustapa Long.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, sebuah kilang lagi, iaitu membuat komponen jentera berat ketenteraan juga akan dibina dalam masa terdekat di Bera termasuk dalam peruntukan RM1 bilion bagi membekalkan peralatan tersebut untuk dipasang di kilang Bandar Pertahanan Kechau daerah ini.
"Saya berterima kasih kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana membawa projek ini ke Lipis. Penghargaan juga diberikan kepasa usaha Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerana menyediakan tapak seluas 80 hektar untuk tapak kilang ini," katanya.
Katanya, kesemua projek di Lipis dan Bera itu akan diselenggarakan pembinaan dan pengeluaran oleh syarikat tempatan sekali gus membuktikan kemampuan serta kepakaran syarikat berkenaan menyediakan aset kelengkapan ketenteraan dan pertahanan di negara ini.
"Kechau yang terletak kira-kira 35 kilometer dengan bandar Kuala Lipis merupakan kawasan cukup strategik dipilih untuk projek dua buah kilang tersebut kerana berdekatan dengan laluan Central Spine Road (CSR) Lipis ke Bentong kemudiannya dihubungkan oleh Lebuh Raya Karak ke Kuala Lumpur dijangka mengambil masa yang singkat untuk kemudahan pengangkutan alat komponen dan jentera berat,” ujar beliau lagi.
Ifti Femida
Mon Apr 25 2022
![Bandar Pertahanan di Lipis bernilai RM1 bilion rangsang ekonomi, buka tawaran 2,000 kerja - Abdul Rahman Bandar Pertahanan di Lipis bernilai RM1 bilion rangsang ekonomi, buka tawaran 2,000 kerja - Abdul Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650861838_TBSUMBANGANjpg.jpg)
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (empat dari kiri) bergambar kenangan dengan penerima barangab keperluan sempena sambutan Aidilfitri kepada 111 penduduk yang kurang berkemampuan di Kampung Gua dan kawasan berdekatan.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Bandar Pertahanan di Lipis bernilai RM1 bilion rangsang ekonomi, buka tawaran 2,000 kerja - Abdul Rahman Bandar Pertahanan di Lipis bernilai RM1 bilion rangsang ekonomi, buka tawaran 2,000 kerja - Abdul Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650861838_TBSUMBANGANjpg.jpg)
Bandar Pertahanan di Lipis bernilai RM1 bilion rangsang ekonomi, buka tawaran 2,000 kerja - Abdul Rahman
Bandar Pertahanan di kawasan Kechau, Padang Tengku juga akan membantu mengurangkankan kebergantungan negara kepada syarikat asing.