ALOR SETAR: Kira-Kira 75,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di daerah Kota Setar dan Pokok Sena berdepan gangguan bekalan air berikutan insiden ban Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan terusan tengah pecah di Pokok Sena dekat sini tengah hari tadi.
Menerusi akaun Facebooknya, SADA memaklumkan dua loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas bagi memberi laluan kepada kerja-kerja kecemasan berhubung insiden tersebut iaitu LRA Pokok Sena dan LRA Bukit Pinang.
Menurut SADA, sebanyak 60,000 akaun dianggarkan terjejas di daerah Kota Setar mulai 4.15 petang dan 15,000 akaun di kawasan Pokok Sena mulai 4.45 petang.
Di Kota Setar, antara kawasan yang terjejas ialah seluruh Pekan Langgar, Sepanjang Jalan Langgar ke Bandar Alor Setar, Pekan Kepala Batas, sepanjang Jalan Gunung, Jalan Sungai Baru dan Jalan Pantai Johor ke Simpang Empat.
Istana Negeri Kedah, Kediaman Menteri Besar, Hospital Sultanah Bahiyah, Penjara Alor Setar, Hospital Lama Alor Setar, Kompleks Bangunan Kerajaan Anak Bukit dan Wisma Darul Aman pula merupakan antara premis yang dijangka mengalami gangguan bekalan air.
- LAGI
SADA-AIR 2 (AKHIR) ALOR SETAR
SADA memaklumkan gangguan bekalan air itu dijangka berterusan sehingga kadar aliran dan paras air sungai kembali normal.
Sementara itu, Pengerusi MADA Ahmad Tarmizi Sulaiman dalam kenyataan memaklumkan insiden runtuhan ban kanan Terusan Tengah berlaku di Struktur Alor Limpah, Sifon Lengkuas MADA pada 12.15 tengah hari.
Beliau berkata insiden itu disebabkan hujan lebat semalam di kawasan terbabit yang menyebabkan aliran sungai tidak terkawal dan berlaku peningkatan paras air dari tadahan Sungai Padang Terap.
"Hujan ini menyebabkan kenaikan paras air iaitu melebihi paras limpah di Alor Limpah Lengkuas Sifon pada 8.01 meter menyebabkan kegagalan struktur alur limpah di Sifon Lengkuas. Kejadian ini dijangka memberi kesan kepada penggunaan bekalan air terawat penduduk sekitar," katanya.
Ahmad Tarmizi juga berkata MADA dan SADA telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan kerja-kerja pembinaan sekatan sementara di Sungai Bukit Pinang bagi mengawal paras air di Terusan Tengah supaya operasi LRA SADA tidak terjejas.
Katanya kerja-kerja pembaikan ban sementara akan dijalankan malam ini oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak MADA.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022

Menurut SADA, sebanyak 60,000 akaun dianggarkan terjejas di daerah Kota Setar mulai 4.15 petang dan 15,000 akaun di kawasan Pokok Sena mulai 4.45 petang. - Gambar hiasan
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

Ban MADA pecah, 75,000 akaun pengguna dijangka alami gangguan bekalan air
SADA memaklumkan dua loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas bagi memberi laluan kepada kerja-kerja kecemasan berhubung insiden tersebut iaitu LRA Pokok Sena dan LRA Bukit Pinang.